Jika Makcik Tak Bekerja Bagaimana Mahu Membeli Makanan Mereka – Kisah Makcik Maskot Keletihan Tepi Pantai.

Sejak beberapa hari yang lalu, tersebar foto orang yang memakai maskot kartun Doraemon, Hello Kitty, Snow White, dan Stitch di sekitar Pantai Teluk Cempedak di Kuantan. Mereka kelihatan menghiburkan pengunjung yang datang terutama sekali kanak-kanak. Namun, di sebalik kostum kartun tersebut rupa-rupanya adalah seorang mak cik tua yang gigih mencari rezeki untuk meneruskan kehidupannya.

Menerusi laporan akhbar tempatan menemui salah seorang daripada maskot tersebut yang merupakan seorang wanita berusia 56 tahun bernama Siti Hendon Ismail berasal daripada Kuantan.

“MAK CIK tidak malu memakai maskot walaupun berpeluh terutama hari panas.

“Cari rezeki dengan cara ini bukan hanya untuk diri tetapi juga untuk 50 ekor kucing yang mak cik bela di rumah,” kata Siti Endon Ismail dari Kuantan.

Wanita berusia 56 tahun itu gigih menghiburkan pengunjung terutama di pantai Teluk Cempedak dengan memakai pelbagai maskot.

Antara maskot yang dimilikinya adalah Hello Kitty, Doraemon, Snow White dan beruang.

Bila dah tular, timbul simpati ramai…tarik minat kanak2

Malah gambar Siti Endon yang ketika itu memakai maskot Doraemon terduduk di atas batu dengan kepalanya memandang ke bawah tular di laman sosial Facebook (FB) sehingga menimbulkan simpati ramai netizen.

Aksi comelnya yang menari dan berjoget bukan saja menarik minat kanak-kanak tetapi orang dewasa juga tidak melepaskan peluang bergambar.

Baginya, usia yang mencecah separuh abad bukan alasan baginya untuk hanya duduk dan mengharapkan bantuan orang kerana dia masih mempunyai kudrat yang boleh dikerahkan untuk mencari pendapatan bagi menampung hidup.

“Mak cik tidak malu memakai maskot dan tetap berjalan di sekitar kawasan ini untuk mencari pengunjung yang mahu bergambar.

“Mak cik tidak menetapkan sebarang bayaran tertentu jika orang mahu bergambar sebaliknya terpulang kepada mereka menyumbang seikhlas hati,” katanya.

Sejak 3 tahun lalu..tampung kehidupan..beli keperluan kucing

Dia yang tinggal di Kampung Tengah berkata, dia sudah melakukan pekerjaan itu sejak tiga tahun lalu dan hasilnya digunakan untuk menampung kehidupannya termasuk membeli keperluan kucing yang dibelanya.

“Jika mak cik tak bekerja bagaimana mahu membeli makanan mereka.

“Mak cik sendirian di sini (Kuantan) anak-anak semua tinggal dengan bekas suami, hanya kucing inilah yang menjadi peneman mak cik..sebab itu mak cik pastikan kebajikan mereka terjaga,” katanya.

Pendapatan RM30 sehari

Katanya, sebelum ini setiap kali menggayakan maskot dia turut membawa bersama gegantung mengenai kesedaran menyayangi haiwan terutamanya kucing kerana haiwan juga wajar disayangi.

Menurutnya, hasil yang diperoleh hasil pekerjaan itu kira-kira RM30 sehari.

“Kadang kala ada orang mengupah mak cik menghiburkan mereka di restoran makanan segera di sekitar Teluk Cempedak ini ataupun pada majlis tertentu,” katanya.

Netizen yang mengikuti perkembangan makcik ini melahirkan rasa simpati dan turut mendoakan agar mak cik ini dimurahkan rezekinya serta diberikan kesihatan yang baik.

Walaupun sapa dia.. Apa pon kisah silamnya..
Dihari tuanya mesti merindui anak2 nya… Zuriat2 yg dikndung 9 bulan….
Menceria kn kanak2 mgkin blh mglhgkn sedikit rindu pada anaknya moga dimurahkn rezeki makcik dan dpmudhkn urusan amin

Semoga dipermudah.. sy bangga dgn usaha makcik..moga kesihatan mu dipelihara

Xleh baca smpai abeh crita makcik ni..menitik air mata..sedih sgt semoga makcik sentiasa sihat

Sumber: Harian Metro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.