Kau Kata Nak Telefon JAIS Kalau Aku Tak Bagi Kau Masuk, Aku Persilakan Kau TeIefon PoIis Sekali – Fara

Episod pergolakan rumah tangga Shuk Sahar kembali ‘panas’ apabila isterinya dipercayai mendedahkan Shuk kembali bermain kayu tiga.

Menerusi beberapa posting dimuat naik di Intagramnya, isteri Shuk, Rossalennah Natassyiah Asshaferah.

Dia mendedahkan suaminya itu masih menjalinkan hubungan dengan wanita sama yakni Fara Salleh.

“Selama ni aku diam dah sabar dan bertahan. Diam demi menjaga aib suami.

“Tapi semakin lama diam diorang semakin menyakitkan hati.

Satu sibuk mengejar bujang, yang bujang tak sedar diri buktikan dia tak bersalah dan tak ganggu rumah tangga orang,” katanya.

Jelas Rossa lagi, dia juga bertindak menerjah ke rumah Fara untuk meminta suaminya pulang ke rumah, namun terpaksa beredar dengan hampa.

“Allah tu maha adil naluri isteri tak pernah salah. Aku dah merayu menangis depan pintu minta belas kasihan, kau usir aku.

“Kau campak kasut Shuk depan aku suruh bawa balik. Apa dosa aku sampai aku kamu buat macam ni.

“Aku ada anak-anak perlu jaga. Terima kasih kerana dah tinggalkan aku dengan anak-anak.

“Aku dah bertahan sampai saat ini menutup segala cela yang buruk demi masa depan anak-anak.

“Tapi hari demi hari, kau buang aku dengan anak-anak.

“Malam ni perjalanan aku jauh sangat, orang lain tidur, aku berkeliaran cari laki aku dimana,” katanya.

Anda boleh lihat antara luahan tersebut di bawah.

Rakaman Video ada di Bawah Sekali

Pada masa sama Gempak cuba menghubungi Shuk sendiri untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

Terdahulu, Shuk sebelum ini pernah dikaitkan dengan Fara sekitar Julai tahun lalu.

Walaubagaimanapun, ketika itu perlakuan curang Shuk sudah diketahui oleh isterinya dan Rossalennah dikatakan pernah berbincang secara baik dengan Fara.

Difahamkan juga, Fara sebelum ini pernah terlibat dalam kontroversi.

Sementara itu, menerusi entri terbaru dimuatnaik sebentar tadi, Rossalennah memuatnaik paparan skrin status yang ditulis Fara berhubung Rossalennah.

Berikut adalah respon balas ditulis Fara yang didedahkan oleh Rossalennah;

Fara antara lain berkata, dia tidak pernah menghalau Rossalennah, sebaliknya hanya menutup pintu dan Rossalennah telah pulang sendiri.

Selain itu, Fara mendkwa dia tidak sembunyikan ‘manusia’ (Shuk) di dalam rumahnya.

” Semalam kau kata nak call JAIS kalau aku tak bagi kau masuk, aku persilakan kau call JAIS.

” Aku siap bagitau call polis sekali sebab kalau kau je maaflah ya, memang aku takkan bagi masuk, sebab rumah aku.

” Aku offer video call untuk tourtour rumah segala pelusuk aku boleh tunjuk kalau betul aku sembunyikan manusia dalam rumah, tapi kau taknak! Kenapa??

” Aku ada soalan;

” 1- Bila masa aku h4Iau kau? Kau yang taknak balik dan nak tunggu depan rumah sampailah manusia kau cari tu keluar so then aku pun tutuplah pintu sambung tidur.

” 2- Bila masa aku dirayu sambil kau menangis? Kau berikan aku arahan sis, bukan merayu kat aku, dan ugut untuk pec4hkan pintu rumah.

” 3- Bila masa aku campak kasut kat kau? Aku bagi dua-dua belah tu melalui jeriji besi.” tulis Fara.

Reaksi warganet

Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata warganet membela Rossalennah dengan mendkwa Fara masih mahu menegakkan benang yang basah.

Apatah lagi Fara sendiri mengakui tentang kasut Shuk yang berada di dalam rumahnya.

” Dia bagi kasut shuk. Cemana pulak kasut si shuk tu ada kt rumah dia. Hahahahaha” tulis Ain.

“Saya Mengaku Pernah Kenal Dia” – Shuk Sahar

“Saya mengaku pernah kenal dia, isteri saya pun tahu. Tapi, benda itu dah selesai pun.

Saya sudah berbincang dengan isteri dan saya enggan memberikan komen mengenai perkara yang sudah lepas.

“Saya mahu move on dan fokus kepada kerjaya serta keluarga.

Apa yang penting bagi saya adalah isteri ada bersama di sisi. Saya sangat bersyukur,” katanya.

Hujung bulan lalu, beberapa pengguna laman sosial Twitter tampil membuat dakwaan mengenai sikap buruk Shuk yang dituduh bermain kayu tiga.

Dakwa pengguna yang dikenali sebagai @laudyaTaylor, wanita yang didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan Shuk dikenali sebagai Fara Salleh.

Tambah Shuk, dia bukanlah orang yang tepat mahu menjawab semua persoalan yang dibangkitkan.

“Saya sendiri tak dapat bagi komen kerana saya tak kenal pun individu yang mengeluarkan cerita terbabit.

“Saya bukanlah orang yang tepat untuk menjawab semua persoalan.

Saya mengakui pernah mengenaliwanita yang dikaitkan itu beberapa tahun lalu tetapi semuanya telah pun selesai.

“Hubungan saya dan isteri juga baik-baik sahaja. Sebagai seorang lelaki dan suami, saya tak lari dari melakukan kesalahan.

Saya sudah belajar dari pengalaman dan mahu mempertahankan keluarga saya sampai bila-bila,” katanya.

Rakaman Video ada di Bawah Sekali

Untuk rekod, Shuk mendirikan rumah tangga dengan Rossalennah Natassyiah Asshaferah pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan.

Tonton Video

 

Sumber : GEMPAK

Sumber:IG Rossa.sera