Gempar!! Ustaz Kazim tarik diri bertanding selepas tidak sampai 24 jam dicalonkan Zahid, ini punca rupanya

Gempar!! Ustaz Kazim tarik diri bertanding selepas tidak sampai 24 jam dicalonkan Zahid, ini punca rupanya

Sejak semalam kecoh dengan pengumuman bahawa pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias atau Ustaz Kazim diumum bertanding sebagai calon Barisan Nasional di Parlimen Larut.

Imej beliau yang mengenakan baju Barisan Nasional mula tersebar di media sosial yang difahamkan penceramah itu hadir di Menara Dato’ Onn bagi menandatangani surat aku janji serta mengambil gambar profil calon mewakili parti itu.

Namun pagi ini, Pendakwah bebas Datuk Mohd Kazim Elias atau Ustaz Kazim difahamkan sudah membuat keputusan untuk menarik diri daripada bertanding di Parlimen Larut.

Kenyataan di Facebook beliau,

Alhamdulillah, Semoga kutukan cercaan hinaan bertukar menjadi pahala. Terima kasih. Sayangilah pahala anda.

Menurut laporan, Mohd Kazim membuat keputusan menarik diri itu tidak sampai 24 jam selepas Barisan Nasional (BN) menamakan beliau sebagai calon di kerusi Parlimen tersebut dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) malam tadi.

Untuk rekod, pencalonan Mohd Kazim itu kali pertama diterimanya selepas UMNO sebelum ini berkali-kali cuba menawarkan kerusi kepadanya untuk bertanding.

Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mengumumkan tempat Mohd Kazim akan digantikan Ketua Koordinator BN, Mohd Shafiq Fhadly Mahmud di Parlimen Larut.

“Kerusi Parlimen Larut ada perubahan dan berbeza daripada yang diumumkan Presiden malam tadi.

“Pertukaran dibuat kerana Ustaz Kazim menarik diri pada saat akhir,” katanya sempena Pengumuman Calon PRU15 BN Perak di Ipoh.

Penarikan diri Mohd Kazim dilihat akan menjadi satu tamparan kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang sudah pun menerima tekanan daripada akar umbi ekoran pemilihan calon tidak menepati kehendak pengundi di kawasan.

Antara komen netizen,

Baguslah tu jgn menjatuh martabat anda sebagai ustaz Malu dgn para ulama memberi nasihat cara memilih Pemimpin.

Alhamdulillah…. Doa masyarakat yg sayangkan ustaz… Politik ni mmg byk tahi nye dr kebaikan… Semoga Allah sihatkan ustaz dan dimurahkan rezeki ustaz termasuk sy.. Aminn

Itu yg terbaik ustaz….ustaz kene jaga nama dan imej ustaz…..sejujurnya lebih suka ustaz x terlibat dlm politik.

Sy dah agak. Lagipun sejak UKE kene sifir byk kali kesihatan ustaz teganggu dan tak menentu. Maybe ustaz nak tumpulkan pehatian pada dakwah dan madrasah je. Terbalik ustaz!

Ustaz pandai prank penyokong UMNO..baru jer semalam mereka terlompat lompat..

Klu ustaz bertanding kerana Allah, menegakkan kebenaran, keadilan utk rakyat. Kita on aje tp takut hanya dipergunakan org tertentu semata2 utk kepentingan. Sebab ustaz ramai pengikutnya. Dlm masa yg sama semuga ustaz sentiasa dilindungi dan dirahmati oleh Allah, cepat sihat dan boleh berdakwah seperti biasa.

ustaz kerja dia menyampaikan Ajaran Islam.. beliau lebih utamakan tugas yg memerlukan kepakaran beliau.. buat apa sibuk2 jadi calon kalau tiada kemampuan utk pikul tugas wakil rakyat.. sekurang nya beliau “ukur baju di badan sendiri”. bukan mcm calon2 yg ada yg tak mampu jaga rakyat.. duk sibuk tarah hasil negara saja..

Sumber Utusan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih