Keluarga Infak Duit Pampasan Bina Masjid, Sem0ga Ini Menjadi Bekalan Akhir4t M4ngsa MH17

Dari Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah Saw. bersabda: ”Apabila ‘anak Adam itu mati, maka terputuslah amalnya, kecuali (amal) dari tiga ini: sedekah yang berlaku terus menerus, pengetahuan yang di manfaatkan, dan anak soleh yang mendoakan dia.” (HR Muslim)

Untuk pengetahuan umum, Masjid Al-Ghazali yang di dirikan di Jalan Depo, Petra Jaya, dibayar menggunakan sejumlah besar duit pampasan daripada enam sekeluarga yang menjadi m4ngsa tr4gedi pesawat MH17.

Sumardi Ghazalee adalah adik b0ngsu arw4h Ariza Ghazalee yang terk0rban bersama suami, Tambi Jiee serta empat anak mereka, Muhammad Afif, 19, Muhammad Afzal, 17, Marsha Azmeena, 15, dan Muhammad Afruz, 13.

Sewaktu tr4gedi MH17 berlaku, Tambi Jiee yang merupakan jurutera petroleum dalam penerbangan pulang ke tempat tanah air bagi menyambut Aidilfitri selain berpindah pusat dari Astana, Kazakhstan ke Kuala Lumpur.

Sumardi Ghazalee mengatakan bahawa Jamila Noriah, ibu mereka yang bercadang menggunakan wang p4mpasan dari peristiwa berkenaan untuk pembinaan masjid.

“Syukur Alhamdulillah, hasrat ibu k4mi yang mahu menggunakan wang p4mpasan disalurkan kepada perkara yang memberi manf4at kepada semua arw4h sudah kami tunaikan.

“Masjid berwarna kɛlabu itu dibina dengan k0s sebanyak RM3.5 juta dengan sebahagiannya menggunakan semua wang pampasan diter!ma sebelum ini,” katanya.

Mereka sekeluarga membincangkan hal ini dan walau kos pembinaan melebihi amaun pampasan yang diterima, mereka sudah setuju untuk teruskan cadangan itu.

Sumardi juga mengatakan yang orang awam juga bertindak menolong untuk mencukupkan dana dengan kaedah infak dan wakaf serta sumbangan dari Kerajaan Sarawak. Bermula 13 Mei 2019, Masjid Al-Ghazali beroperasi sepenuhnya kepada orang awam selepas kesemua proses berjalan lancar dan pembinaan masjid siap tepat mengikut jadual.

“Ibu gembira, kami sekeluarga pula lega kerana hasrat untuk memb1na masjid sebagai memperingati arw4h kakak sekeluarga akhirnya terlaksana setahun yang lalu,” katanya.

Masjid yang tegap berdiri itu mampu memuatkan kapasiti sehingga 1,000 jemaah pada satu masa. Reka bentuk masjid itu juga hasil daripada Sumardi yang juga merupakan seorang Arkitek.

Kini, beliau adalah pengerusi masjid berkenaan. Bekiau mengatakan, semenjak masjid itu yang berlokasi di tepi jalan yang menjadi laluan utama dari kawasan Semariang ke Jalan Tun Abdul Rahman Yakub beroperasi, ramai pengguna jalan raya gunakan masjid itu untuk tunaikan ibadah solat.

Untun mengimarahkan lagi Masjid Al-Ghazali, pihak Sumardi bercadang untuk melakukan satu lagi pembinaaan iaitu dewan yang berdekatan masjid namun cadangan itu ditangguh atas sebab kekurangan dana.

“Dewan yang kami rancang itu akan menjadi tempat untuk upacara akad nikah serta aktiviti lain yang bermanfaat untuk semua. Berikutan kekangan kewangan, kami mengharapkan agar ada pihak sudi bekerjasama menyalur sumbangan untuk kita membina dewan yang akan mengimarahkan lagi masjid ini,” katanya.

Apapun, mereka bersyukur kerana cadangan untuk mendirikan masjid sebagai tempat orang menunaikan solat Jumaat mendapat kebenaran dari Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS).

“Sudah lebih sebulan kɛbenaran itu diberi dan kini sudah empat Jumaat, Masjid Al-Ghazali digunakan untuk solat Jumaat,” katanya.

Alhamdulillah, semoga perkara dilakukan oleh keluarga m4ngsa ini kekal dan pahala pembinaan masjid ini mengalir buat 4rwah sampai penghujungnya.

Sumber: ohinfokini