‘Klip itu hanya lakonan, bayaran pun sangat lumayan’ – Andika tampil beri penjelasan

Susulan dikecam oleh netizen berhubung video promosi produk dewasa, salah seorang individu dalam video tersebut tampil memberi penjelasan.

Dalam kenyataan dimuat naik di Instagram, Andika Putera berkata, video promosi itu sekadar lakonan sahaja dan skrip itu juga disediakan oleh pihak produk berkenaan.

“Tengok kat Facebook, kena kecam teruk-teruk. Saya tengok senyap sahaja. Siapa yang kenal saya depan, support saya, saya nak cakap terima kasih sangat-sangat.

“Video itu adalah lakonan dan skrip diberi kepada saya dan Nadira Isaac. Love bite itu semua make up sahaja. Tak betul pun. Bayaran kepada kami berdua pun sangat lumayan untuk satu video yang panjangnya hanya satu minit.

“Kalau korang di tempat saya pun, korang akan ambil juga tawaran berlakon untuk produk itu.

Sementara itu, di Instagram Nadira Isaac juga turut berkongsi kenyataan yang sama.

Terdahulu, video Andika dan Nadira mempromosikan produk dewasa dengan menggunakan dialog kurang sesuai mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang mengganggap mereka tidak sensitif, seolah-olah mengajak masyarakat melakukan hubungan intim sebelum berkahwin.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.