Kluster Kayangan Kembali Biadap – Episod Kedua

“GOLONGAN kluster kayangan belum pupus.

Namun kali ini majoritinya adalah dalam kalangan warga asing yang diarah menjalani proses kuarantin wajib 14 hari di hotel”

Kata seorang petugas frontliner (barisan hadapan) yang menyeliakan pusat kuarantin di sebuah hotel di ibu kota.

Mendedahkan perkara itu, dia yang turut berpengalaman mengendalikan pusat kuarantin sejak Februari lalu menghadapi pelbagai dugaan.

Dia mendakwa ramai petugas barisan hadapan terpaksa melayan pelbagai kerenah individu yang diarahkan menjalani kuarantin sebaik tiba di tanah air.

“Berbanding sebelum ini, kluster kayangan kerap dikaitkan dengan warga tempatan.

Namun kini keadaannya berbeza apabila golongan banyak ragam ini membabitkan warga asing.

“Ramai individu dalam pemerhatian (PUS) warga asing ini tidak faham arahan mereka akan dikuarantin selama 14 hari sebaik mereka masuk ke Malaysia.

Ini menyebabkan berlaku suasana tegang ketika proses pendaftaran PUS di hotel.

“Ada antara mereka meninggikan suara dan ada pula yang tidak mahu dikuarantin.

Malah, pelbagai alasan diberikan termasuk ada yang memarahi kami,” katanya,

Menurutnya, ada juga golongan kluster kayangan ini memberi alasan tidak mempunyai wang mencukupi untuk tinggal di hotel.

Walaupun ada antara mereka daripada golongan berada.

PETUGAS barisan hadapan membabitkan kakitangan KKM dan APM yang kepenatan tertidur di lantai hotel apabila perlu bertugas hingga ke Subuh.

Mereka tidak mahu membayar caj hotel ditetapkan.

Oleh itu ada antara mereka terpaksa dihantar ke Institut Latihan Awam (ILA) yang dijadikan pusat kuarantin.

“Terdapat juga PUS yang memilih hotel dan mahu dipindahkan ke hotel lain dengan alasan tidak selesa atau mahukan hotel lebih mewah,” katanya.

Bagaimanapun, menurutnya, petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), polis, Rela, pihak pengurusan hotel dan ILA yang menguruskan PUS ini bersikap profesional dalam menangani kerenah PUS ini.

“Kami cuba bertoleransi dan memenuhi segala kemahuan mereka asalkan ia tidak bertentangan dengan prosedur operasi standard (SOP) serta arahan ditetapkan kerajaan dalam mengekang penularan wabak Cov-19 terutama membabitkan kes import,” katanya.

Media sebelum ini pernah melaporkan tindak-tanduk kluster kayangan yang bertindak angkuh.

Mereka juga membuat pelbagai permintaan tidak munasabah termasuk meminta ditukarkan bilik hotel di Putrajaya kepada bilik mempunyai pemandangan lebih cantik.

Malah di Sarawak, seorang lelaki yang menjalani kuarantin wajib di sebuah hotel di Kuching, Sarawak mencetuskan panik apabila membakar botol cecair pembasmi kuman.

Taknak Dengar Arahan, Hantar je Balik – Netizen

“Yg tak mau dengar cakap hantar balik saja..tu la mslh bila bagi masuk Malaysia..

Undang2 d sni tak mahu patuhi.. sepatutnya kerajaan yg kena tegas jgn bg muka..

Ini akan masuk pulak dr Singapura 10hb nti”

“Tak payah d layan ja permintaan PUS warga asing Ni..

Mahu tinggal d malaysia ikut saja arahan kuarintin Pihak berkuasa kalau berdegil Dan bnyk songehh..

Mohon d hantar balik terus ke negara asal mereka..”

Bukan kita warga netizen yg run ini malaysia…

Kiranya warga netizen yg buat aku rasa baik kita pakai peluru getah tembak muka org yg x sedar untung ni…

Bio die rasa dn bangun dari mimpi yg diaorg skg bukan kat kayangan tp kt bumi.”

Cakap je semua positif sng..admit dlm wad letak sebelah bilik mayat..tak mkn saman..

Frontliners dah buat habis baik dah tu…kita rakyat yg ikut sop dok kena mcm2 susah”

Jangan Dilayan Sangat

“Kerajaan Malaysia jgn melayan sangat kemewahan warga asing ni.. rakyat sendiri x dpt kemewahan di kuarintin.. ini kan bagi warga asing pula..

Tak nk ikut undang2 Malaysia sila keluar kan dr Malaysia ni..

Kalau melawan maki amun petugas hospital kasi tangkap sj masuk lokap kuarintin biar warga asing ni rasa..

Jgn kerna mereka2 dr luar ni bwh COV-19 kita pula rakyat Malaysia merana..”

Ni lah kerenah yang dihadapi oleh pihak pengurusan yang kita semua xtau…terlalu sukar untuk mengatasinya…

Ramai yang hanya mudah berkata2 tetapi hakikatnya yg sebenar kita xtau…

Allahu..semoga pihak pengurusan dapat mengatasi semua dengan izinNya…”