Kru kapal menceritakan dia sempat makan tengah hari sebelum gantung diri

CHUKAI – Kru kapal yang ditemui dalam keadaan tergantung di sisi kapal bekalan luar pesisir dekat Pelabuhan Kemaman,di sini hari ini, dikatakan mengalami kemurungan dan baru tiga hari bekerja di kapal berkenaan.

Dalam kejadian itu, lelaki berusia 38 tahun yang berasal dari Sarawak ditemui rakan sekerjanya tergantung di sisi kapal itu dipercayai mem bunh diri, kira-kira 1.30 tengah hari.

Kejadian itu disedari ketika kapal berkenaan mula berlabuh pada kedudukan kira-kira dua batu nautika dari Pengkalan Bekalan Kemaman.

Sumber berkata, sebelum kejadian itu, mngsa sempat bermesyuarat berkaitan hal kerja bersama kru lain di kapal itu.

Katanya, lelaki terbabit dan kru yang lain juga sempat makan tengah hari selepas selesai mesyuarat itu sebelum mereka keluar ke dek kapal.

“Bagaimanapun, selepas 30 minit, seorang kru melihat lelaki itu yang berpakaian seragam tergantung di sisi kapal sebelum memaklumkannya kepada kapten kapal.

“Kapten kapal berkenaan menghubungi pihak pengurusan pelabuhan sebelum mereka menghubungi polis, pada 2.29 petang,” katanya.

Difahamkan, ketika kejadian berlaku, mngsa dikatakan melilit seutas tali di lehernya sebelum terjun kira-kira 10 meter dari kapal berkenaan.

Jerutan yang kuat menyebabkan leher mngsa dikatakan hampir putus, malah usaha menaikkan m ayat mengalami kesukaran berikutan keadaan laut bergelora.

May at mangsa berjaya dinaikkan kira-kira 6 petang sebelum dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan tiada sebarang unsur jenayah di sebalik kejadian itu.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai m4ti mengejut.

Sebelum ini, gambar menunjukkan kelibat manusia berpakaian seragam berwarna oren dalam keadaan tergantung di sisi kapal itu mula tular di laman sosial, sejak petang hari ini.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.