Lama Aku Diam Tak Kcau Org. Korg Dh Taknak Jadi Kerajaan ke Apa? Cakap Biar Pakai Otak – Afdlin Shauki

Pengumuman kerajaan bahawa semua bentuk penggambaran memerlukan lesen daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional, termasuk untuk rakaman media sosial peribadi menjadi perdebatan ramai sejak semalam.

Beberapa Influencer dan Youtuber telah tampil menyatakan bantahan termasuk bekas menteri belia dan sukan, Syed Saddiq.

Sementara terbaru, pelakon dan pengarah terkenal, Afdlin Shauki telah memuatnaik satu posting di Instagram beliau menyatakan bantahan terhadap isu tersebut.

” Lama aku diam. Tak kacau orang. Yang betul aku sokong, yang tak (sokong), aku doakan..

” Tapi dalam waktu serba kesusahan ni kau cakap benda macam ni dan nak tindas orang muda dan orang kreatif yg tak mampu nak beriadah dan cari rezeki…

” Korang dah tak nak jadi kerajaan ke apa? Buat statement/ ruling bod#h macam ni!

” Maknanya semua handphone yang ada kamera yg di jual kalau nak beli, kena ada lesen? Macam nak beli senj4ta api? Social media semua kena ada lesen?

” Wow hebatnya plan kamu.. Jangan politikkan kerja kami Tuan. #bantahpenindasan. Kalau korang setuju share ramai ramai!” tulis Afdlin

Cakap biar pakai otak

Selain itu Afdlin Shauki turut mengingatkan pihak kerajaan agar tidak terlalu selesa selepas menjadi kerajaan dan tidak menindas golongan muda dan orang kreatif.

Luahan Afdlin itu seakan memberi peringatan kepada parti yang sedang memerintah supaya menggunakan akal fikiran sebelum membuat keputusan kerana selepas rakyat sedang memerhati.

” Cakap biar pakai otak tuan-tuan. Tak nak menang election ke lepas ni? Confident sangatkah?

” Jangan tinda orang muda dan orang kreatif”, tulis Afdlin.

Terdahulu media melaporkan Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah sebagai berkata, semua penerbit filem termasuk agensi media arus perdana dan media persendirian diwajibkan memohon Lesen Pengeluaran Filem serta Surat Perakuan Penggambaran (SPP) sebelum menerbitkan filem mereka di platform media sosial ataupun saluran tradisi.

Katanya lagi, pemegang lesen perlu memaklumkan kepada FINAS sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum penggambaran sesuatu filem dimulakan.

Laporan itu telah menimbulkan reaksi negatif sebilangan besar penghasil filem, serta netizen di laman sosial.

Rata-rata mereka berpandangan tujuan permohonan SPP adalah tertakluk bagi syarikat dan produksi yang memegang lesen pengeluaran Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dimana hasil karyanya hanya ditayangkan di televisyen mahupun pawagam.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, kerajaan Perikatan Nasional tidak pernah dan tidak berniat menggunakan Akta itu untuk menyekat kebebasan peribadi individu dalam media sosial, iaitu fenomena yang tidak wujud ketika Akta tersebut digubal.