Lebih 13k Share, Lelaki Ini Tak Kisah Dicop ‘Takut Bini’ Gara-Gara Tak Lepak Selepas Berkahwin

Tidak dinafikan, kehidupan selepas berkahwin sangat mencabar emosi dan mental masing-masing. Mana tidaknya, apabila tinggal sebumbung barulah kita dapat mengenali sepenuhnya hati budi dan perangai pasangan. Kalau dapat suami yang suka melepak, memang boleh jadi punca pergaduhan besar.

Di Facebook, seorang lelaki tidak kisah dicop ‘takut bini’ apabila tidak lagi keluar melepak selepas berkahwin. Dia yang lebih mengutamakan keluarga mahu menghabiskan masa bersama isteri dan anak berbanding rakan. Terbaik!

Jarang keluar lepak, sebab takut bini?

F A M I L Y

Kita bukan takut bini, tapi kita sayang bini kita. Sebab apa? Sebab aku bersyukur dia boleh terima aku seadanya.
Jarang keluar lepak, sebab takut bini? Bukan bro. Bini aku tak melarang apa-apa pun. Tapi Sebab aku nak QUALITY-TIME dengan bini dan anak. Hari bekerja aku tiap hari balik malam demi cari rezeki untuk keluarga aku.

Bila ajak lepak, kita bukan taknak tapi hari biasa dah habiskan masa di office atau kerja. Tiap hari balik malam, kita bukan orang kaya duit boleh petik jatuh dari langit.

Bila hujung minggu kadang-kadang tu je la masa luangkan dengan family. Hari kerja dia duduk rumah, jaga anak. Takkan hari cuti pun nak tinggalkan dia. Mereka pun ada perasaan, mereka pun nak keluar, mereka pun nak ambil angin luar. Bosan dah duduk rumah.
Bawa mereka jalan-jalan.

Kena pandai balance

Aku pun nak membesarkan anak aku depan mata sendiri.

Kadang-kadang orang tak faham, bila tak lepak kena COP TAKUT BINI. Aku tak kisah kena cop macam tu sebab aku tahu kalau keluarga aku susah bukan orang-orang tu yang datang membantu. Keluarga kita, kita tahu apa kita buat.

Bagi aku, ada masa dengan kawan, ada masa dengan family. Kenalah pandai balance. Aku jenis suka utamakan family sebab tu tanggungjawab aku bila dah berkahwin. Jangan abaikan mereka.

Aku kerja sampai malam demi cari rezeki untuk mereka. Hidup bujang tak sama hidup dengan orang dah berkahwin. Aku lebih rela di cop takut bini dari di cop ketua keluarga yang tak bertanggungjawab. Isteri aku boleh terima aku seadanya pun aku dah bersyukur.

Hargailah mereka.

#DaddyCool~~
#AshmanFamilia

Sumber : Ashman Mat Saleh via ohbulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.