Pemuda Ini Dedah Maksud Sebenar Mengapa Burung Helang Berada Disitu Pada Perhimpunan Tersebut, Meremang Bulu Roma

Di Ipoh, Kira-kira 500 orang menghadiri Himpunan Ummah Bantah Hina Nabi anjuran sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Jaringan Ummah, di perkarangan Medan Selera Dato’ Sagor bersebelahan Masjid Sultan Idris Shah II, selepas solat Jumaat hari ini.

Program yang turut dianjurkan secara serentak di 15 lokasi lain di seluruh negeri itu dibuat sebagai tanda solidariti umat Islam bagi membantah penghinaan yang dibuat pihak tidak bertanggungjawab ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Perhimpunan dianjurkan oleh Ummah Perak dan Jaringan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Gerak Ummah selepas solat Jumaat.

Penyelaras program tersebut, Fairuz Hafiz Othman berkata, perhimpunan itu sebagai satu solidariti mempertahankan kemuliaan Nabi Muhammad dan tanda sokongan kepada pihak berkuasa yang tidak ragu-ragu mengambil tindakan terhadap mereka yang menghina Nabi Muhammad.

Menurutnya, setakat ini pihaknya berpuas hati dengan tindakan tegas yang diambil oleh pihak berkuasa terhadap mereka yang cuba menimbulkan sesuatu yang tidak baik dalam negara dan melangkaui sempadan agama.

“Tindakan menghina Nabi Muhammad SAW merupakan satu ancaman kepada agama dan perpaduan kaum. Jika budaya ini diteruskan, ia boleh mencetuskan sesuatu yang tidak baik, khususnya dalam beragama yang mana Islam merupakan agama Persekutuan,” katanya.

Beliau ditemui selepas perhimpunan membantah penghinaan terhadap Nabi Muhammad di Medan Datuk Sagor berdekatan Masjid Negeri di sini hari ini yang dihadiri kira-kira 500 orang.

Menurut Fairuz Hafiz, 15 perhimpunan membantah penghinaan terhadap Nabi di seluruh negeri yang diadakan hari ini menjadi satu momentum untuk menyedarkan mereka yang bukan Islam dan mengajak umat Islam bertanggungjawab membela Nabi.

Kata beliau, pihaknya akan melihat perkembangan tindakan yang telah diambil pihak berkuasa terhadap mereka yang terlibat menghina Nabi.

“Setakat ini kami berpuas hati tindakan yang telah diambil namun kami akan pantau jika ada ganggu daripada pihak luar yang cuba mengganggu atau mempersoalkan tindakan berkuasa.

“Jika itu berlaku, kami akan bangkit bagi pertahankan tindakan tegas yang diambil oleh pihak berkuasa terhadap penghina Nabi Muhammad SAW,” katanya.

Di KELANTAN, 3,000 rakyat Kelantan mengadakan himpunan aman selepas kuliah mingguan di Medan Ilmu, Kota Bharu bagi membantah penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW, termasuk mendesak Kerajaan Pusat mengambil tindakan tegas terhadap individu yang menghina Nabi.

Himpunan berkenaan diketuai Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat merangkap Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan, Asri Daud.

Di JOHOR, lebih 500 orang menghadiri Himpunan Rakyat Jangan Hina Nabi Kami peringkat negeri di hadapan Masjid Bandar Baru Uda di sini, selepas solat Jumaat, hari ini.

Perhimpunan aman anjuran Dewan Pemuda PAS dan Pemuda UMNO negeri itu berjalan lancar dengan turut disertai wakil beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan.

Di NEGERI SEMBILAN, lebih 500 jemaah sertai perhimpunan bantah penghinaan terhadap Rasulullah di Masjid Ibnu Khaldun, Taman Lavender Heights Senawang,

Pengerusi masjid, Mohd Asna Amin, turut menyerahkan memorandum meminta tindakan tegas diambil terhadap penghina Islam kepada Ketua Balai Polis Paroi, Sarjan Mejar Mohd Rani Dahlan, untuk disampaikan kepada Ketua Polis Negara.

Sementara itu, di PUTRAJAYA, lebih 50 ahli Hizbut Tahrir Malaysia berhimpun Dataran Putra di hadapan Masjid Putra di sini, sebagai tanda membantah tindakan segelintir pihak yang menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW serta isterinya Saidatina Aisyah.

BUKAN KAMI SAJA YANG BANTAH PENGHINAAN KEPADA RASULULLAH SAW, MAKHLUK ALLAH YANG LAIN JUGA TURUT SERTA

Ya Allah kami sangat sayang pd agama kami Islam. Kami sangat sayang pada rasul kami Muhammad saw. Kami tk kan mampu dan memang tidak bole melihat mendengar rasul kami Muhammad saw di hina Ya Allah. Allahhuakhbar!

Burung helang kebiasanya tidak berkawan.. Tetapi dgn kuasa Allah, si helang turut berkumpul utk megngaminkan doa2 org islam.. Takbir..

Kelmarin saya ada nampak sekelompok burung helang di rumah mak saya di kg surau kota kb, dan 7 pagi tadi ada burung helang lalu depan umah saya sangat besar ketika saya sedang mengecat pintu pagar rumah, kat wakaf che yeh, rasanya burung helang telah singgah di kb tu mungkin puak yg sama.Mungkin burung helang sama tak pernah lagi tengok burung helang banyak begini,mungkin Allah bagi petanda buat kita…Wallahu a’lam..

Salah Seorang Lelaki daripada ribuan komen dalam video dibawah menceritakan mengapa burung helang berada disitu pada waktu perhimpunan ini :

Adakah ia TENTERA Allah?

Jom Lihat Video Dibawah :

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja

Sumber: theklasik

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.