Lelaki ini tergamam apabila doktor bagi dia pilihan untuk selamatkan isteri atau ank dalam kandungan, tak sangka akhirnya ini pilihan yang dia pilih, harap dia tak menyesal

Siapa yang anda mahu selamatkan, nak selamatkan isteri atau Anak dalam kandungan? Ikuti pengalaman seorang lelaki ketika berhadapan dengan situasi seperti ini. Apabila menatap gambar-gambar ibu bersalin, menerawang fikiran aku teringatkan kembali

detik-detik isteri aku ingin melahirkan zuriat pertama aku ke dunia. Ketika diberitahu isteri aku dimasukkan ke dalam hospital pada jam 1 pagi aku masih dibuai mimpi di rumah sewa berhampiran universiti. Keletihan akibat kuliah penuh sepanjang hari sebelumnya.

Sebelum tidur, aku sempat berbalas-balas SMS dengan isteri aku bertanyakan keadaannya ketika itu. Katanya, dia tidak makan sejak petang lagi. Aku menyuruh dia mengambil air susu sebelum tidur. Isteri aku dimasukkan ke wad kerana air ketuban telah pecah.

Katanya bukaan hanya 2cm ketika itu. Dia memberitahu aku supaya jangan risau kerana masih belum rasa sakit bersalin. Pada keesokan harinya barulah aku bertolak ke hospital untuk bertemu dengan isteri yang kucintai. Menatap wajahnya yang tidak bermaya,

baru aku teringat yang isteri aku masih tidak menyentuh makanan sejak dari petang semalam. Aku menyuruhnya makan sedikit, tetapi dia menolak kerana doktor telah menyuruh isteriku berpuasa bermula jam 6 pagi. Sayu melihat dirinya yang lemah, aku menghulurkan air minuman untuk membasahkan tekaknya. Tabahnyaa dirimu..

Apabila jam menunjukkan pukul 10.00 pagi dengan bukaan seluas 4cm, dia ditolak masuk ke dalam labour room. Entah kenapa dengan bukaan seluas itu, dia sudah ditolak masuk ke bilik bersalin. Aku pun confuse. Setahu aku, bukaan yang sesuai untuk melahirkan anak ialah 10 cm.

Dan aku dimaklumkan oleh guard wanita India yang bertugas, isteri aku ditempatkan di bilik D. Dia memaklumkan bahawa kebiasaannya bilik itu akan dihuni oleh mereka yang mengalami masalah untuk bersalin. Aku mula gelisah. Tak tentu arah.

Mungkin itu adalah mitos yang direka oleh achi India itu berdasarkan pengalamannya sebagai senior guard di sana. Pujuk aku sendirian. Berbekalkan Quran buruk aku yang aku bawa bersama barang-barang isteri dan baby yang bakal dilahirkan, aku selak helaian 440.

Ya.. Aku mencari surah Yaasin. Pesan nenek aku, bacalah Yaasin. Semoga dengan berkat dan rahmat yang ada pada surah itu dapat membantu isteri aku bersalin secara normal. Aku mulakan dari al-fatihah dan disusuli surah karamah itu. Satu persatu perkataan dan ayatnya ku alunkan perlahan

sambil di dalam hati tak henti-henti berdoa agar diselamatkan isteri dan anak aku. Usai membaca Yaasin dan menunaikan solat Zohor, aku tunggu lagi. Achi India yang sedari tadi memerhatikan gerak langkah aku menegur aku ‘’Adik.. Mari ikut saya. Kita masuk ikut pintu belakang.

Adik boleh jumpa isteri adik,’ ’pelawanya ramah. Mungkin dia sedar aku dah semakin gelisah dan asyik mengintai ke dalam labour room. Alhamdulillah. Kalau boleh jumpa tenang sikit hati aku sebab dari tadi hanya membalas sms je. Keadaan sebenar isteri aku tidak aku ketahui.

Dari jam 10 sampailah jam 4 petang isteri aku ditahan. Bukaannya sekarang hanyalah 6cm. Setelah diinduce kali ke dua, bukaan rahimnya masih belum membenarkan bayi untuk keluar. Akibat terlalu lama menunggu, akhirnya doktor memutuskan isteri aku perlu dioperasi..

Ini kerana bayi di dalam kandungan isteri aku semakin lemah. Aku yang cuba mengawal diri agar tidak panik, akhirnya tewas kepada diri sendiri. Air mata yang cuba aku sekat agar tidak mengalir seolah-olah tidak dapat dibendung. Seolah-olah mata aku tidak ada penakung.

Setiap kali aku bertutur, menenangkan isteri aku.. Setiap kali itulah air mata aku kan bercucuran jatuh ke tangannya. Mana taknya.. dengan keadaan dirinya yang sudah tidak bermaya, ditambah pula dengan tangan dan kakinya sejuk bagaikan direndam ais, tubuhnya menggigil.

Dengan segala macam wayar berselirat di perut dan tangannya.. Hati aku meruntun sayu. Para doktor tinggalkan aku dan isteri untuk meluangkan masa bersama. Mungkin ini adalah untuk kali terakhirnya aku boleh bercakap bersama isteri aku. Ini kerana doktor telah membuat keputusan,

isteri aku mesti dioperasi bagi menyelamatkan bayi yang hampir hilang nafas. Beralunkan surah Yaasin yang dipasang di bilik bersalin itu.. Mata kami bertentangan. Isteri aku perasan mata aku kembali berkaca. Dia mula menuturkan kata-kata cinta bagi memulihkan semangat aku.

‘’Abang… Hensemnya Abang harini. Abang suka tak dengan baju yang sayang belikan untuk Abang tu?’’ Pada ketika itu juga, aku tidak dapat menjawab dengan perkataan tapi aku rangkul dirinya sambil menangis teresak-esak seperti tiada lagi esok untuk kami bersama.

Aku tidak mampu bersuara walaupun mengeluarkan sepatah kata. Tapi, dia mempunyai kekuatan yang amat luar biasa. Walaupun dia ‘berpuasa’ , dia masih gagah. Masih kuat untuk memulihkan semangat aku yang semakin luntur.. ‘’Abang.. Seandainya doktor memberi pilihan,

siapakah yang Abang ingin selamatkan, sayang atau anak kita.. Abang tolong jawab ‘’ Selamatkan anak saya.. ‘’. Berilah anak kita peluang untuk merasai kebahagiaan hidup di dunia ini biarpun tanpa umminya di sisi..’’ Sekali lagi aku menangis semahunya. Aku tidak mahu keadaan itu berlaku.

Aku mahukan isteri aku. Aku mahukan kedua-duanya berada di sisi aku. Membesarkan anak aku bersama insan pilihan aku. Tamatnya waktu bersama. Isteri aku ditolak untuk dibawa ke bilik operasi. Aku menghantar Isteri aku dengan lirik mata berair sebelum berlalu ke musolla hospital.

Aku berwudhuk. Solat 2 rakaat. Aku sujud lama-lama memohon keampunan untuk isteri aku juga untuk diri aku lebih-lebih lagi. Mungkin ini adalah kaffarah dosa aku selama ini. Aku menangis semahu-mahunya.. Sedari jam 4.30 petang aku menanti penuh sabar di luar bilik operasi.

Aku dail, aku telefon nombor keluarga terdekat, sahabat handai dan rakan-rakan yang aku kenal. Aku pohon dan merayu dari mereka agar doa dikirim buat isteri aku yang sedang bertarung nyawa melahirkan seorang khalifah penambah ummat Nabi tercinta.

Mulut aku tidak henti-henti menbacakan Hizbul Bahri. Zikir berharga yang tiada nilainya yang aku terima ijazahnya dari Al-Allamah Syeikh Nuruddin Al-Banjari Al-Makki. 1 jam berlalu. Mundar-mandir aku tidak mengeluh aku untuk aku duduk. Walaupun kaki aku lenguh berdiri dari tadi,

tapi perasaan ingin tahu akan keadaan isteri aku melenyapkan semua keletihan itu. Akhirnya penantian aku berakhir.. Seorang nurse menolak troli tertutup.. incubator barangkali namanya.. dengan seorang bayi mata bulat muka mirip anak Cina.

Oh! Rupa-rupanya, bukan isteri aku seorang kat dalam. Ibu cina pun ada. ‘’Suami kepada Zulaikha’’ ‘’Suami kepada Zulaikha’’ jerit nurse mencari ‘Yusuf’ Zulaikha. Orang ramai yang turut sama mengintai bayi cina itu berpandangan antara satu sama lain termasuklah aku.

Tiba-tiba aku teringat. Akulah suami Zulaikha. Macam manalah boleh lupa pulak time-time macam tu. Aisehhh.. Biasalah beb. Cuak kot masa tu. Sampai nama bini pun lupa daaa.. ‘’Ya.. Saya kak. Saya suami dia’’ ‘’Encik.. Ini anak encik. Encik bolehlah pegang dan azankan dia.

Tapi sebelum tu, Encik kena kata apa?’’ Nak kata apa pulak nurse ni. Alhamdulillah ke? Ke terima kasih nurse? Mana aku tahu. Dah la rasa tak percaya pun ada yang anak cina yang aku sangka tadi tu rupanya anak aku.. Boleh pulak dia suruh kata apa. Aduilaa.. Nurse pun.

Mungkin nurse tu perasan aku tengah blur, dia pun selak kain bedung anak aku bagi menyatakan jantinanya. Oh.. Nurse nak suruh aku buat pengakuan yang anak aku ni perempuan. Baru aku faham. ’Perempuan nurse’’ kata aku tersenyum malu. Aku dakap anak aku.

Aku cium dahi dan kedu-dua pipinya lalu aku azan dan iqamatkan di kedua-dua belah telinganya. Allahurabbi. Comelnya anak aku. Mata hitam dia bulat besar. Tak nak tutup pulak tu. Alhamdulillah. ‘’Nurse, macamana dengan isteri saya? Bagaimana keadaan dia?’’

tanya aku setelah sedar dari pukauan mata anak aku ini. ‘’Isteri encik selamat. Dia sedang dijahit. Kejap lagi dia keluar..’’ Tidak lama selepas itu, Isteri aku ditolak keluar. Alhamdulillah. Syukur kepada-Mu ya Allah. Biarpun Kau mentaqdirkan dia bersalin secara Caesar,

namun aku bersyukur sangat-sangat kerana Engkau masih lagi memberikan kesempatan untuk aku berkasih-sayang dengannya. Hanya pada Mu segala puji-pujian layak kami berikan. Keluarnya isteri aku dari bilik operasi bukannya dengan tangisan. Malah, tiada setitis air pun yang aku perasan membasahi matanya.

Walaupun kesakitan, seukir senyuman dia hadiahkan kepada aku. Terharu. Sungguh terharu. Aku kucup dahinya dan mengucapkan ‘’Terima kasih Sayang kerana sanggup berkorban nyawa demi melahirkan zuriat Abang’’. P/S : Wahai suami sekalian.. Hargailah isteri kita sebaiknya.

Apabila ada tercalit perasaan tidak puas hati dan ingin marah kepadanya.. Ingatlah akan pengorbanan yang telah dia berikan kepada kita. Zuriat keturunan kita yang lahir dari rahimnya. Diamkanlah diri tenangkanlah hati. Bila keadaan kembali reda, bersuaralah. Nasihatilah mereka dengan hikmah hasanah.

Bukan dengan kekerasan yang bakal mengundang padah. Sesungguhnya wanita itu dijadikan dari tulang yang bengkok. Andai ditegakkan dengan kekerasan nescaya kan patahlah ia. Akan tetapi andai dilentur dengan lemah lembut dan profesional, dia kan menjadi bidadari kita bukan setakat di dunia tetapi di syurga yang kekal selamanya.

source: Layar Minda

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*