Lepas Hntar Makanan, Rider Grabfood Trkedu Planggan Tiba Tiba Pnggil Semula ‘Dia Terus Buka But Kereta’

” Tanda harga pun tak buang lagi. Dia kata kebetulan beli tapi tak muat. Daripada simpan, baik bagi kat orang,”

Demikian perkongsian Hamizan Aqram Noor Azli, 21 yang bersyukur apabila diberi sehelai jaket kulit berwarna merah sewaktu menghantar makanan di Shah Alam pada Jumaat lalu.

” Masa tu saya hantar makanan kepada pasangan suami isteri Melayu di Shah Alam. Selepas bagi makanan, dia panggil semula. Suami dia tanya, awak pakai jaket ke?

” Saya kata pakai. Dia terus buka but kereta dan berikan saya jaket kulit baharu yang diletakkan dalam satu beg kertas.

” Rezeki yang tidak disangka-sangka,” begitulah kata seorang pelajar yang membuat kerja sambilan sebagai penghantar makanan GrabFood apabila dia menerima hadiah daripada pelanggannya.

Mesra disapa Mizan, anak kelahiran Manjung, Perak itu mengimbas kejadian itu mengakui terkejut dan gembira menerima pemberian berkenaan.

Sepanjang dua tahun membuat kerja sambilan sebagai rider, ini merupakan kali pertama dia menerima hadiah berupa pakaian.

” Saya memang terkejut. Tapi rasa bersyukur sangat. Tak henti cakap Alhamdulillah masa naik motor lepas tu.

” Biasanya orang bagi makan, duit dan air. Tapi kali ni dapat baju. Dah la tak kenal, tak sangka ada orang yang sangat baik hati,” katanya lagi.

Bercerita mengenai dirinya, pemuda ini merupakan penuntut tahun akhir jurusan Sumber Manusia di Universiti Selangor (Unisel).

Kata Mizan, dia sebelum ini tidak begitu serius membuat kerja itu namun mula melakukannya dengan bersungguh-sungguh selepas kematian bapanya, Noor Azli aka Ismail Abdul Rahim akibat kanser pada Mac lalu.

” Sebelum ni saya buat main-main je. Cukup-cukup untuk cari duit belanja dan makan. Tapi lepas ayah mninggaI, siapa lagi nak tolong?

Mizan (kanan) bersama arwah bapanya. Foto berasingan, jaket merah pemberian pelanggan Mizan pada Jumaat lalu. Mizan bersyukur menerima jaket tanpa disangka-sangka.

” Sebab tu saya buat betul-betul. Sebelum ni mak dan ayah yang bantu perbelanjaan. Saya anak sulung daripada lima beradik.

” Biasanya saya ada kelas dalam empat hari, tiga hari selebihnya saya buat job GrabFood. Alhamdulillah setakat ni boleh seimbangkan kerja dengan belajar,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Mizan juga mahu menyampaikan rasa syukurnya terhadap pasangan berkenaan yang memberi jaket kepadanya tempoh hari.

” Kalau mereka baca berita ni, saya nak ucap terima kasih sangat-sangat dekat abang dan kakak tu.

” Saya rasa terharu atas kebaikan mereka,” ujar Mizan lagi.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.