Lepas Mengamuk Menjerit Di Kaunter Pembayaran, Lelaki Ini Did4kwa Buat Hal Dengan Rider Pula

Sebelum ini kecoh di media sosial mengenai satu video yang memperlihatkan seorang lelaki berrang dan meninggikan suara gara-gara beratur terlalu lama di kaunter pembayaran di salah sebuah pusat membeli-belah.

Terbaru, individu yang sama dipercayai telah buat hal dengan memberi layanan yang sangat teruk terhadap seorang rider Foodpanda. Lebih mengejutkan apabila pelanggan terbabit tergamak menumbok dan menye paknya.

M4ki hmun dan lempar duit ke lantai

Tadi aku menemani sahabat rider Saudara Muzammil Abdullah @ Zam (Foodpanda) membuat laporan polis setelah beliau dipukul dengan seorang pelanggan di sebuah homestay di Taman Seri Impian, Alma, Bukit Mertajam.

Tak tahu apa punca setelah sampai didepan rumah, si pelanggan tu terus keluar dari rumah lalu m4ki haamun dengan perkataan k3sat bermain sentimen perkauman terhadap Zam.

Ada insiden dimana pelanggan membuang duit dilantai. Kemudian terus memuukul Zam dibahagian badan dan menuju pula ke muka.

Sahabat kami masih rasional tapi bila pelanggan meluru kearah motor dia dan ‘tauk’ barang2 didalam motor, Zam mula berrang dan memberi tindak balas sebab motorsikal itulah punca dia mencari rezeki untuk keluarga.

Saudara Zam juga memohon supaya perkara ini tidak menjadi isu perkauman kerana bukti rakaman CCTV dibawah telah diberikan pemilik homestay.

Pemilik homestay simpati dan menyuruh sahabat kami ini membuat laporan polis dan membawa rakaman video CCTV sebagai bukti. Alhamdulillah report polis dah dibuat dengan kerjasama yang amat baik. Rupanya kami juga dapat tahu pelanggan yang sama juga telah tular baru2 ini di Tesco Alma.

Menerusi perkongsian yang dimuatnaik oleh rakan rider Foodpanda terbabit iaitu Pakteh E Akaun Baru memaklumkan kejadian itu berlaku ketika rakannya, Zam membuat penghantaran makanan di sebuah homestay di Bukit Mertajam.

Setibanya di hadapan rumah terbabit, pelanggan berkenaan dipercayai telah mem4ki hmun dan menyentuh sentimen perkauman selain memuukul serta melemparkan duit ke atas lantai.

Mereka juga tidak tahu punca sebenar pelanggan berkenaan berkelakuan begitu.

Ekoran daripada itu, Zam yang ditemani rakannya itu telah pergi membuat laporan polis dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) turut diberikan sebagai bukti.

Rider kena tumbuk, sepak

Harap pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya sebab dah DUA kes dia buat pasai. Tak kena orang naya balik. Kami mohon semua rakyat Malaysia yang prihatin sama2 bangkit menolak perbuatan macam ni tak kira Melayu, Orang Asli, Cina, Iban, India Kadazan dll.

Semua orang nak hidup aman harmoni cuma ada segelintir yang gila yang perlu ditentang habis2an. Apa2pun kami minta janganlah layan rider macam ni. Banyak isu dah rider2 macam kami teraniaya.

Kami cuma nak cari makan dengan cara halal dan berkat. Kerja penghantar makanan nielah wasilah kami sara kehidupan, bantu famili dan lain2 lagi.

06Aug2020/PenangRakaman CCTV rider Foodpanda kena pukul di Alma Bukit Mertajam pada tengahari tadi.#inforoadblock

Gepostet von Info Roadblock JPJ/POLIS am Donnerstag, 6. August 2020

 

Dalam kesempatan itu, mereka turut berharap agar pihak berkuasa akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap individu ini.

Mereka juga menyeru agar semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, warna kulit dan agama bersama-sama menghindarkan diri daripada melakukan perbuatan tidak berperikemanusiaan ini.

Sumber : OhBulan Via Pakteh E Akaun Baru