Lulus bantuan ‘darurat’ tanpa perbentangan, PM dipuji dahulukan rakyat

Seperti yang sedia maklum, hari ini merupakan Persidangan Dewan Rakyat dan juga persidangan yang ditunggu-tunggu selepas hampir beberapa bulan lamanya tertangguh akibat penularan wabak COV-19 di negara ini.

Bahkan, mencuri tumpuan apabila barisan Perikatan Nasional (PN) di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin menduduki di blok kerajaan selepas beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 29 Februari lepas.

PRIHATIN, PRIHATIN tambahan & PENJANA…

Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan bahawa,pihak kerajaan tidak dapat membentang Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), PRIHATIN tambahan dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) di Parlimen ekoran situasi terdesak akibat penularan COV19.

Bahkan beliau menegaskan, pelbagai inisiatif yang dilaksanakan bagi memastikan nasib dan hak rakyat dilindungi. Oleh itu, tindakan segera harus diambil supaya bukan sahaja rakyat malah sektor lain juga terbela.

“Justeru, kerajaan tidak ada pilihan, malah saya berpendapat tindakan segera mesti diambil sebelum Parlimen mula bersidang.” Jelas beliau.

“Kalau nak bawa bincang dulu, boleh lingkup negara”

Disebabkan tindakan tangkas oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa negara berada difasa awal penularan COV-19, kebanyakan rakyat dilihat amat menyokong dan memuji keputusan yang dilaksanakan oleh beliau.

Terima kasih memahami kepayahan rakyat!

Berani tanggung risiko demi rakyat…

“Bantuan untuk rakyat jangan nak pertikai…”

“Kerajaan nak bantu rakyat tu pun nak dipertikai…”

Sumber: Berita Harian.