“Mak tak pernah basuh, itulah pengubat rindu dia. Sampai dalam mahkamah mak pegang” – Anak dedah satu-satunya barang Zulfarhan setia bersama ibunya.

LEGA dan syukur kepada Allah. Itulah perasaan ahli keluarga Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain selepas mahkamah memerintahkan 18 penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) untuk membela diri dalam kes kem atian melibatkan anak sulung daripada empat beradik itu dua tahun lalu.

Zulhelmie Idros, adik kepada Allahyarham Zulfarhan mengakui mereka sekeluarga berdebar-debar sebelum perbicaraan bermula pada Rabu, tetapi sememangnya mengharapkan keputusan sebegitu.

“Sebelum perbicaraan kami berdebar-debar juga takut keputusan perubahan tapi Alhamdulillah memang lega betul sebab kami memang berharap keputusan macam tu.

“Bila mereka berani buat begitu dekat a@rwah abang jadi mereka kena berani tanggung akibatnya. Kami berpuas hati dengan keputusan itu,” katanya ketika dihubungi mStar.

Jelas anak kedua daripada empat beradik itu, keputusan tersebut dianggap sebagai keadilan buat mereka sekeluarga.

 

Ibu bapa Zulfarhan tidak dapat menahan seb4ak mereka. – fotoBERNAMA

“Rasa ger4am sebab ibu bapa mereka yang bers4alah masih dapat jumpa anak mereka. Tapi kami kalau rindu Along pun tak boleh buat apa. A4rwah pun dah tak ada.

“Tipu kalau tak marah tapi negara kita ada undang-undang. Rasa dend4am… ma4rah tu kita simpan jelah. Biarlah mahkamah yang tentukan dan ternyata keputusan berpihak kepada kami sekeluarga,” katanya.

Walaupun sudah dua tahun berlalu, Zulhelmie berkongsi cerita mengenai sapu tangan yang menjadi pengubat rindu ibunya, Hawa Osman, 56, yang masih lagi bersedih dengan pemergian abangnya itu.

 

Sapu tangan milik Farhan.

“Apa yang ada kat mak sekarang sapu tangan Along je lah. Kalau rindu-rindu mak pegang… mak bau. Macam dalam mahkamah tadi pun (Rabu) mak pegang je sapu tangan tu.

“Mak tak pernah basuh sebab bau a4rwah ada lagi. Sapu tangan tu mak jumpa dalam poket seluar Along masa tengah kemas barang peribadi dia. Itulah pengubat rindu dia kat a4rwah,” katanya.

Malah Zulhelmie berkata ibunya juga akan mendengar pesanan suara yang pernah ditinggalkan a4rwah abangnya itu berulang kali di telefon bimbit sebelum tidur.

 

Gambar percutian terakhir Zulfarhan bersama keluarganya semasa berkunjung ke A Famosa, Melaka.

Dengar voicenote along

“Dekat Telegram ada voicenote masa a4rwah masih hidup jadi mak dengar balik je lah. Saya sebagai adik bila mak dengar malam-malam pun sedih juga.

“Saya pun ada cakap kat mak untuk perlahan-lahan terima Along dah tak ada, Alhamdulillah mak dah ok sikit tapi kadang-kadang kalau dia rindu sangat tu dia akan dengar juga suara abang. Yalah rindu seorang ibu dekat anak dia,” katanya.

Mengimbau kisah pemergian Zulfarhan, pemuda berusia 21 tahun itu berkata mereka pada awalnya tidak percaya m4angsa yang m4aut adalah abang sulungnya.

“Ayah dapat panggilan pegawai pukul 11 malam beritahu abang dah tak ada. Kebetulan waktu tu saya cuti ada dekat rumah. Ayah tanya nombor IC dan nombor badan sebab ingatkan salah orang. Kami pun tak tahu sebab tak tengok lagi jen4azah waktu tu.

“Dalam pukul 12.30 malam satu family terus pergi ke Hospital Serdang. Mak ayah buat pengecaman dan saya tengok jenazah masa post mortem. Masa tengok badan dia rasa takut dan terkejut sebab kece deraan memang teruk cuma muka, tangan dan kaki dia je ok.

“Bagi saya cara mereka tu memang kej4am. Kalau ikutkan pemikiran waras pun takkan buat macam tu. Sampai hati mereka gunakan keker4asan walaupun abang dah mengaku dia tak buat apa yang mereka dakw4a. Saya kagum sebab abang tetap pertahankan maruah dia sehingga akhir hayatnya,” kata Zulhelmie.

 


Hawa menunjukkan baju berwarna kelabu yang sepatutnya digunakan Zulfarhan untuk Aidilfitri dua tahun lalu.
Akui Zulhelmie dia juga masih merindui gelagat abang sulungnya itu yang disifatkan sebagai seorang yang tegas dan berdisiplin.

“Kami rapat cuma lepas dia masuk kem sambung belajar kami jarang jumpa. Dulu saya belajar dekat Shah Alam, a4rwah di Sungai Besi… kadang kalau saya outing hari Ahad dia ajak jumpa.

“Sekarang pun kalau tidur dalam bilik tu rindulah juga dekat dia. Dulu satu katil ada juga orang sebelah nak bergaduh tapi sekarang bila tidur je terbayang dia ada lagi.

“A4rwah Along ni dia penyayang tapi tegas. Kalau kita lambat solat masa tu tengah main game memang dia akan marah. Terasa rindu juga nak kena marah dengan dia tapi semua tu hanya tinggal kenangan,” katanya.

Mak tak pernah basuh sebab bau a4rwah ada lagi. Sapu tangan tu mak jumpa dalam poket seluar Along masa tengah kemas barang peribadi dia. Itulah pengubat rindu dia kat a4rwah.
ZULHELMIE IDROS ZULKARNAIN

Sementara itu, adik ketiga Zulfarhan, Faiqah Lyana turut berterima kasih di atas keprihatinan orang ramai yang sentiasa mendoakan agar keadilan berpihak kepada a4rwah abangnya.

“Saya tak minta banyak cuma nak keadilan untuk a4rwah abang. An eye for an eye, a tooth for a tooth. Insya-Allah berkat doa semua orang kami boleh menang. Akhirnya kita akan tahu siapa yang salah di sini,” katanya dalam nada sebak.

Dalam postingnya di Twitter, Faiqah berkata sekiranya abangnya ditakdirkan hidup sekali pun dia mungkin lumpuh seluruh badan akibat insiden itu.

 

Antara suspek utama kes kem atian Zulfarhan.

“Dia mungkin lum puh seluruh badan sebab kebanyakan saraf dah ma4ti. Walaupun saya berharap dia masih hidup, saya tidak mahu melihat dia terseksa. Insya-Allah dia di tempat yang lebih baik sekarang,” katanya.

Pada prosiding itu, Hakim Datuk Azman Abdullah memerintahkan 18 penuntut UPNM itu untuk membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.

Dalam keputusannya, Azman memerintahkan lima tertuduh, Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat dan Mohamad Shobirin Sabri membela diri atas pertuduhan memb unuh Zulfarhan Osman, manakala Abdoul Hakeem Mohd Ali juga diperintah membela diri atas pertuduhan bersubahat memb unuh ma4ngsa.

Kesemua tertuduh yang berusia 23 tahun itu didakwa melakukan perbuatan itu di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara pukul 4.45 pagi dan 5.45 pagi, 22 Mei 2017.

Pertuduhan terhadap mereka, yang dibuat mengikut Seksyen 302 dan 109 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan huku man m4ati mandatori, jika sabit kesa lahan.

sumber mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.