“Makin Cantik Menawan” Penampilan Hidayah Abam Raih Pujian Netizen

Terdahulu, Balu Allahyarham Abam Bocey, Nor Hidayah Mohd Ali berpuas hati dengan keputusan tuntutan faraid tempoh hari.

Nor Hidayah, 28, memberitahu pembahagian faraid itu merangkumi rumah, kereta, wang tunai dan barang peribadi peninggalan Allahyarham suaminya.

“Alhamdulillah, urusan faraid dapat diselesaikan. Saya sangat berpuas hati dengan keputusannya.

Pihak sebelah sana juga akan mendapat bahagian mereka.

“Antara harta yang difaraidkan adalah rumah, kereta, wang tunai dan barangan peribadi arwah seperti jam tangan, kamera dan telefon.

“Walaupun pihak di sebelah sana tidak hadir, namun, ia tidak mengganggu proses mahkamah kerana semua bahagian (faraid) sudah ditetapkan,”

Hidayah berkata kepada pemberita sebaik selesai prosiding tuntutan faraid dan hadanah (hak penjagaan anak).

Prosiding itu dikendalikan secara tertutup.

Mengulas ketidakhadiran ibu mentua, Sabariah Arshad untuk hadir ke mahkamah berhubung kes tuntutan hak penjagaan anak, Nor Hidayah berkata, mahkamah menetapkan Oktober depan sebagai tarikh baharu.

“Saya harap pihak di sana dapat hadir ke mahkamah Oktober nanti,” katanya.

Mengenai wang RM10,000 yang dikeluarkan daripada akaun arwah suami seperti didakwa bekas adik ipar, pelawak Ali Puteh, Nor Hidayah mengaku melakukannya.

Namun, Nor Hidayah menafikan menggunakan wang itu untuk kegunaan peribadi.

“Saya ada mengambil wang RM10,000 tetapi saya masukkan ke dalam akaun anak saya. Saya tidak gunakan sesen pun,” katanya.

Mengulas spekulasi konon kereta mewah peninggalan Abam ditarik, Nor Hidayah menafikannya.

“Kereta masih ada..dakwaan yang mengatakan kereta itu ditarik tidak benar.

Tetapi, saya tidak mahu komen lebih-lebih,” katanya.

Sebelum ini, Nor Hidayah bersama dua peguam mengadakan sidang media tergempar di sini.

Ini bagi menjelaskan dakwaan dia membuat tuntutan saman terhadap bekas ibu mentuanya itu.

Peguam Mohamed Ibrahim Mohamad menjelaskan, pihaknya menafikan dakwaan itu dan menegaskan Sabariah yang memfailkan saman terhadap Nor Hidayah, Julai lalu.

Sebelum ini, menerusi siaran langsung di Facebook (FB) sebuah portal berita, Ali Puteh atau nama sebenarnya, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan menunjukkan surat saman yang dihantar peguam Nor Hidayah kepada ibunya.

Menjelaskan mengenai surat saman yang dinyatakan Ali Puteh, peguam syariah Fadhlina Siddiq menjelaskan, nama Sabariah turut tersenarai dalam tuntutan berkenaan sebagai pengesahan waris.

Penampilan Hidayah Abam Raih Pujian Netizen

Balu kepada pelawak terkenal, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan atau Abam iaitu Siti Nur Hidayah Mohd Ali dilihat sudah mulai mengorak langkah.

Dan bangkit daripada kesedihan dengan mencari pendapatan sendiri.

Selepas jualan cempedak gorengnya mendapat sambutan yang menggalakkan.

Wanita berusia 28 tahun itu telah berjaya membuka kedainya sendiri bagi menjalankan perniagaan tersebut.

Rezekinya juga semakin mencurah-curah dan kerap kali mendapat perhatian warganet di sosial media.

Ini kerana kagum dengan kesungguhannya menyara diri sendiri dan anaknya.

Terbaru, Hidayah berkongsi sebuah posting di Instagram sehingga mencuri perhatian warganet.

Ini apabila dia berpenampilan berbeza selain kelihatan sangat cantik dengan dress labuh.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan memuji penampilan terkini Hidayah yang kelihatan semakin cantik.

Semakin Hari Semakin Cantik

Mereka juga sempat mendoakan agar Hidayah terus tabah dan kuat mengharungi kehidupan akan datang sebagai seorang ibu tunggal.

Semoga terus jadi wanita lebih kuat

Nampak semakin tabah dan ceria

Cantiknya Hidayah Sekarang

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: fuadpawer