Ibu Mentua Mira Filzah Sahkan Panggilan Stesen Radio ‘Keluarga Tak Makan 2 Hari’ Kurang Tepat

Baru-baru ini tersebar di media sosial rakaman seorang pemanggil ke Suria FM yang berkongsi keadaan sebuah keluarga yang kini berada dalam keadaan susah.

Pemanggil itu mendakwa dia telah pergi menyampaikan bantuan kepada keluarga berkenaan dan mendapati anak-anak sudah terbaring tidak bermaya kerana sudah dua hari tidak makan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Suria Malaysia (@suriamalaysia)

Mendapat pelbagai reaksi dari netizen telah menarik perhatian ibu mertua kepada Mira Filzah iaitu Datuk Mastura Yazid yang merupakan ahli parlimen Kuala Kangsar dan ini kerana lokasi keluarga susah terbabit berada di kawasan beliau.

Terbaru, YB Datuk Mastura Mohd Yazid telah memuat naik video temubual Pejabat Ahli Parlimen Kuala Kangsar bersama keluarga Kak Wati di Twitter.

Kisah dua hari tak makan adalah tidak benar

Menerusi video berdurasi 2 minit 15 saat itu, wakil keluarga yang menerima bantuan lelaki terbabit diperdengarkan semula rakaman panggilan bersama stesen radio tersebut yang menarik perhatian ramai. Dia juga ditanya tentang kesahihan cerita tersebut.

Wanita yang dikenali sebagai Kak Wati itu bagaimanapun menafikan cerita tersebut sambil memaklumkan ianya tidak benar dan wanita tersebut tidak menyangka terdapat individu yang sanggup mereka cerita mengenai keluarganya.

Apa yang di viral tu semua tak betul sebab masa Abang Din tu datang dia hantar bantuan, anak-anak akak terbaring bukan sebab tak makan tapi dorang tengah buat PdPR.

Statement yang dia kata dia berlari ke kedai makanan untuk membeli makanan segera bagi kat anak-anak itu pun tak betul. Semua sekali tak betul.

Berasa tertekan dan malu

Kak Wati turut akui tertekan dan anak-anaknya berasa malu setelah cerita yang direka mengenai keluarganya sudah tidak makan selama dua hari itu tersebar.

Susulan daripada itu, ibu mentua kepada Mira Filzah itu berasa kesal dengan tindakan sesetengah individu yang mengambil kesempatan terhadap keluarga Kak Wati dan berharap perkara seperti ini tidak berlaku lagi.

Penjelasan daripada pihak Kak Wati sendiri

Datuk Mastura melalui Instagram miliknya telah berkongsi penjelasan dari Pejabat Parlimen Kuala Kangsar apabila mereka telah berjaya menemui sendiri keluarga berkenaan.

Dalam kenyataan yang dikongsikan, keluarga terbabit menafikan mereka berada dalam keadaan susah dan telah menerima bantuan. Keluiarga itu turut mengakui tidak pernah terputus bekalan makanan.

Keluarga terbabit juga tidak tahu menahu tentang cerita yang disampaikan di radio Suria FM.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Datin Mastura Yazid (@masturayazid)

Mastura minta maaf

Dalam kenyataan terbaru, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mastura Mohd Yazid memohon maaf secara terbuka susulan kontroversinya dalam isu bantuan kepada penduduk kawasan parlimennya.

“Saya mengambil maklum keprihatinan semua pihak berkenaan posting di akaun media sosial saya baru-baru ini dan video penjelasan oleh beberapa pihak berkaitan tularnya video temuramah oleh Suria FM beberapa hari lalu.

“Dengan ini saya memohon maaf atas ketidakselesaan berbagai pihak daripadanya,” kata anggota parlimen Kuala Kangsar di Facebook pejabatnya sebentar tadi.

Kenyataan itu dikeluarkan setelah dia dikritik kerana menyiarkan video wawancara dengan seorang penduduk bagi menyanggah dakwaan terdapat rakyat kawasannya kelaparan selama dua hari.

Bekas menteri muda Pakatan Harapan Syed Saddiq Syed Abdul antara yang tampil menegur wakil rakyat Umno itu.

Dia antaranya berkata Mastura hanya patut “datang, bantu dan pergi” dan tidak harus membuat pendedahan seperti keluarga itu bersalah.

Dalam wawancara radio, seorang wakil NGO, sambil menangis, mendakwa melihat seorang kanak-kanak terbaring tidak makan dua hari di Kuala Kangsar.

Dia juga mendakwa keluarga itu tiada makanan selama dua hari.

Ramai pengguna media sosial mengecam Mastura kerana mendedahkan identiti keluarga berkenaan dan bukannya menyalurkan bantuan diperlukan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Datin Mastura Yazid (@masturayazid)

Sementara itu, Mastura berkata apa yang terjadi tidak akan melunturkan semangatnya untuk terus membela nasib masyarakat Kuala Kangsar.

Dia mengharapkan semua pihak kembali fokus membantu rakyat yang terkesan dengan cabaran Cov-19.

Sumber: ohbulan/ Malaysiakini