Mat Sabu Dah Padam Posting Tadi. Tapi Najib Awal-Awal Dah Screenshot Dan Sebar

” KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PARTI AMANAH NEGARA

” Parti Amanah Negara (AMANAH) menjunjung kasih di atas keputusan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Majlis Raja Raja Melayu yang menolak permohonan Kabinet Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin agar darurat di istiharkan di negara ini atau mana-mana bahagian negara Malaysia.

” Parti AMANAH meyakini bahawa keputusan ini telah dibuat dengan penuh hemah dan kebijaksanaan dengan mengambilkira kepentingan rakyat Malaysia seluruhnya dan kelangsungan kemakmuran negara.

” Parti AMANAH mengambil menjunjung kasih titah Baginda dan akan menyokong segala usaha memerangi Covid-19 dan berjanji akan bersama sepenuhnya dalam usaha ini.”

” Ampun Tuanku, MOHAMAD SABU, Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH). 25 Oktober 2020″

Demikian hantaran dikongsikan Mat Sabu di FB beliau yang mengundang pelbagai reaksi di kalangan warganet.

Kenyaatan tersebut merujuk kepada titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Haji Ahmad Shah yang bertitah tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat di Malaysia buat masa ini.

Bagaimanapun, hantaran tersebut dikatakan sudah diubah di mana hantaran terdahulu Mat Sabu telah mengundang kec4man ramai.

Ini kenyataan awal Mat Sabu yang sempat di ‘screenshot’ oleh Najib

Bagaimanapun, kenyataan di atas adalah kenyataan awal Mat Sabu sebelum dipadam dan dimuatnaik dengan hantaran baru seperti di atas.

Ia susulan bekas perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam perkongsiannya di FB telah memuatnaik tangkap layar hantaran awal yang ditulis Mat Sabu

” Laju bang Mat ambil kesempatan. Eh.. ini game elefan lawan elefan. Kenapa tertiba dia menyibuk pulak?” tulis Najib.

Mat Sabu dalam kenyataan awal beliau telah menyentuh berkenaan perdana menteri dengan meminta Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan.

Ia mengundang reaksi pantas orang ramai kerana YDP Agong baru sahaja bertitah semua pemimpin politik agar tidak mengganggu kerajaan sedia ada.

Berikut hantaran awal Mat Sabu sebelum di padam

” Menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja yang menolak pengisytiharan darurat. Kami meminta Tan Sri Muhyiddin meletak jawatan secara terhormat.

” Ahli-ahli parlimen dari pelbagai parti akan mencari jalan terbaik untuk membentuk kerajaan dan menyelamatkan Malaysia.” tulis Mat Sabu dalam hantaran terdahulu yang mengundang kec4man ramai.

Terdahulu Agong mengingatkan ahli politik agar menghentikan segera segala politicking yang boleh menggangu kestabilan pemerintahan negara.

” Al-Sultan Abdullah turut berpendapat tiada perlunya ahli-ahli parlimen meneruskan tindakan tidak bertanggungjawab yang boleh mengganggu gugat kestabilan Kerajaan sedia ada,” kata pihak istana.