Mawar Rashid Selamat bersalin, Raf juga turut mendedahkan nama anak perempuannya,Pandaii Raf Pilih Nama Anak

Sebentar tadi, pelakon cantik kelahiran Kelantan, Mawar Rashid telah selamat bersalin anak keduanya bersama Raf Yaakob.

Hal tersebut dimaklumkan sendiri oleh suaminya menerusi Instagram dengan memaklumkan bahawa bayi dan Mawar berada dalam keadaan sihat.

Menurut Raf Yaakob, bayi perempuan mereka telah dilahirkan secara normal dan dia sangat bersyukur dengan kurniaan tersebut.

Adik kepada chef selebriti terkenal, Datuk Fadzley Yaakob itu juga sempat mengucapkan rasa bangganya kepada isteri tersayang apabila selamat menjalani proses bersalin

Dalam pada itu, Raf juga turut mendedahkan nama anak perempuannya iaitu Raden Seri Rossabella Cinta.

Sumber: Raf Yaakob

“Macam tak suka anak tapi sibuk bunting lagi!” – Mawar Rashid beristighfar dituduh malas jaga zuriat sendiri, lepas tangan kepada ‘maid’


TINDAKAN 
pelakon Mawar Rashid menghantar anak sulungnya yang belum mencecah usia dua tahun ke prasekolah mengundang kecaman netizen.

Mawar menerusi Instastory berkongsi paparan skrin mesej daripada individu yang menganggap aktres itu seakan-akan malas menjaga anaknya iaitu Raden Muhammad Rafael sejak kecil lagi.

Malah, individu tersebut juga mendakwa pelakon berusia 25 tahun itu seperti tidak menyukai anaknya sehingga menyerahkan tanggungjawab penuh kepada pembantu rumah dan ibunya sendiri.

Antara mesej negatif dan positif yang diterima Mawar.

“Mawar malas nak jaga Rafael ke suruh hantar sekolah? Kesian dia kecil lagi, baru setahun. Perasan juga daripada Rafael kecil, Mawar macam tak jaga dia.

“Pembantu rumah dan mak Mawar yang jaga. Mawar macam tak suka anak… tapi sibuk bunting lagi,” tulis individu tersebut.

Sebelum ini, pemilik nama Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid ini berkongsi video di Instastorymemperlihatkan anak sulungnya itu kelihatan teruja untuk melakukan aktiviti di sebuah prasekolah.

Mawar juga pernah menjelaskan dia terpaksa menghantar anaknya ke prasekolah kerana mahu mencari rezeki seperti menguruskan perniagaan dan kerja dalam bidang seni.

Dalam pada itu, pelakon telefilem Penaklukan Syaitan berkenaan berkata dia sudah memaafkan dan mendoakan agar Allah membersihkan hati individu tersebut.

Biarpun menerima kecaman dan mesej negatif, namun isteri kepada Raf Yaakob ini tetap meluahkan rasa syukur kerana masih ramai peminat yang memberi kata-kata positif kepadanya.

“Astaghfirullah… semoga Allah bersihkan hati awak. Apa-apa pun, saya maafkan awak dan saya doakan awak untuk banyak buat dan cakap tentang kebaikan.

“Semalam dapat DM negatif ini tapi satu ini saja la yang negatif macam ini. Semua DM lain sangat positif. Terima kasih semua,” balas Mawar yang kini sedang hamil lapan bulan.

Mawar sekeluarga tidak sabar menantikan kelahiran cahaya mata perempuan.

Mawar mendirikan rumah tangga dengan Raf pada 9 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Raden Muhammad Rafael yang kini berusia setahun.

Raf juga mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Raden Ahmad Rayyan, 9 dan Raden Seri RaysaaChanela yang berusia lima tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri