Mengejutkan! Sharifah Husna Kacukan Melayu, Pakistan, Afghanistan, Arab, British, Portugis, Belanda & Negara Ini

Namanya kini semakin melonjak naik selepas membintangi drama Ryan Aralyn

Pelakon Sharifah Husna mahu membuktikan dia berada dalam dunia lakonan bukan hanya bersandarkan pada paras rupa.

Nama sebenarnya, Sharifah Husna Syed Faizal. Menggunakan nama komersial, Sharifah Husna. Berusia 27 tahun.

Berasal dari Subang Jaya, Selangor. Bergiat dalam dunia seni sebagai pelakon.

Mula menempa nama selepas diangkat sebagai juara program penca­rian bakat Gadis Panca MyBeauty 2018 musim kedua, menewaskan sembilan peserta di peringkat akhir.

Kemenangan itu melayakkannya menerima wang tunai RM10,000 bersama kontrak lakonan tajaan A. Aida Production, selain trofi serta pakej percutian ke Balkan.

6Antara drama dibintanginya seperti Suri Katriana, Aku Yang Kau Tinggalkan, Kasih Tak Terungkap, Raisha 2 dan Seribu Rindu.

Termasuk telefilem Tragedi Balik Kampung, Soulmate Kedua, Imaan dan banyak lagi.

Terkini beliau merupakan antara pelakon yang membintangi drama Seadanya Aku arahan Feroz Kader, diterajui Azlee Khairi dan Zara Zya, selain Elvina Mohamad, Redza Rosli, Dayana Roza dan ramai lagi.

Berdarah Kacukan

Gadis kacukan Melayu, Pakistan, Afghanistan, Arab, British, Portugis, Belanda dan Indonesia ini juga berkata dia enggan dilabel pelakon stereotaip yang sekadar ‘menjual’ wajah semata-mata

Dia mahu membuktikan pelakon mempunyai rupa juga berbakat.

“Saya tidak mahu orang ramai melabelkan saya sebagai pelakon cantik tetapi tidak pandai berlakon…

Saya mahu hapuskan stereotaip itu.

“Saya mahu membuktikan pelakon yang mempunyai rupa juga boleh menjadi artis versatil,” katanya kepada BH Online.

Membawakan watak Dowena menerusi drama Ryan Aralyn, pelakon berusia 27 tahun itu tidak menyangka mendapat reaksi positif daripada penonton

Dan meluahkan rasa syukur ramai mula menyedari kehadirannya dalam industri.

“Saya tidak sangka menerima banyak maklum balas positif daripada watak wanita psiko itu.

Alhamdulillah, saya gembira apabila ramai yang mula nampak kehadiran dan kemampuan saya.

“Ini membuatkan saya lebih bersemangat untuk mencuba sesuatu yang berbeza dan mencabar pada masa hadapan,” katanya.

Fakta Menarik

Berfizikal tinggi lampai.
Pelajar dalam bidang perubatan di Universiti Royal College Surgeons Ireland, Serdang, Selangor.
Bakal bergelar doktor. Bidang kedoktoran cukup sebati di kalangan keluarganya kerana rata-rata saudara perempuannya juga menceburi bidang terbabit.
Agak kurang fasih berbahasa Malaysia.
Laman sosial Instagramnya yang menggunakan nama @_sharifahhusna_ sehingga kini sudah mengumpul lebih 46,000 pengikut.