Sungguh menyedihkan pejabat saya diser bu – Dr Hamid Arshat

Pakar sakit puan negara Dr. Hamid Arshat meluahkan rasa kekecewaan di laman sosialnya terhadap sekumpulan kakitangan KKM yang datang menyerbu pejabatnya semalam. Dr. Hamid menjelaskan pejabatnya diserbu tanda sebarang notis dan mengejut.

Hari rabu 2 hb October, sekumpulan kaki tangan KKM datang menyerbu dan selongkar pejabat Saya di 75m , Plaza Damansara.

Tanpa notis dan tanpa jelas apa tujuan, mereka datang dengan mengejut seolah2 saya seorang Penje nayah.

Pada hal saya telah berkhidmat sebagai doktor hampir 50 tahun dan sebagai pakar bidan selama 43 tahun.

Dr. Hamid amat terkilan dengan tindakan kasar kakitangan muda

Pada tahun 70an dan 80an saya dan rakan2 doktor telah bersama2 berkhidmat secara bertungkus lumus untuk memberi rawatan dan jagaan kepada pesakit2 tanpa mengira masa dan gaji. Pernah kerja selama 72 jam berturut2. Dengan gaji RM 600 sebulan.

Saya rasa amat terkilan dengan layanan dan tindakan kasar kakitangan2 muda yang semacam gila kuasa.

Mereka tidak menghubungi saya dulu. Pejabat jadi kucar kacir

Ketika sebuan pejabat, saya berada diklinik di Taman Desa Medical Centre melayan berpuluh2 pesakit.
Apa salahnya Kalau pihak berkuasa hubungi saya dulu dan nyatakan apa kesalahan yang saya buat sebelum menyerbu dan selongkar pejabat saya di Plaza75m Bukit Damansara.

Akhir mereka pergi dengan keadaan pejabat kucar kacir dan tidak medapati apa2 bukti kesalahan saya.

Sungguh menyedihkan dengan tindakan kasar keatas pejabat dan staff saya.
Kaki tangan yang bertindak belum lahir kedunia lagi , saya telah berkhidmat dengan KKM.

Sementara itu, post yang di muatnaik oleh beliau tidak sampai sejam telah dikongsikan lebih 1000 kali oleh pembaca . Rata-rata pembaca turut terkilan dan meminta Dr. Hamid bersabar dengan dugaan yang dihadapi

Dugaan dtg dlm pelbagai bentuk. .moga doc tabah dan redha….di doakan moga doc sihat selalu dan dlm lindungan Allah… Aaminn

Sedih dengan khabar ni. Ramai yang pernah jadi pesakit Dr Hamid rasa terkesan dan simpati. Semoga Allah sentiasa lindungan Doc dan seluruh family klinik.

Sumber: Fb Dr. Hamid Arshat.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*