‘Mereka cuma bergurau’

Ketua Polis Daerah Langat, Superintendan Azizan Tukiman mengesahkan kejadian seorang lelaki berusia 50-an yang mempunyai masalah lembam dan mental dibuli oleh sekumpulan remaja.

Perbuatan lima remaja terbabit menimbulkan rasa tidak puas hati dan marah ahli keluarga mangsa dan di kalangan pendudukan yang kemudian menyerbu kediaman semua remaja terbabit yang dikenal pasti dalam video viral di media sosial itu.

Bagaimanapun, kejadian itu telah diselesaikan di peringkat penduduk kampung tanpa membabitkan pihak berkuasa selepas kedua-dua pihak mengadakan perbincangan.
“Difahamkan, motif kumpulan terbabit melakukan perbuatan itu adalah untuk bergurau, namun tingkah laku mereka agak keterlaluan terhadap orang tua,” katanya.

Azizan berkata, pihaknya tiada menerima sebarang laporan polis berhubung kejaidan itu berikutan kes itu telahpun diselesaikan.

Justeru, beliau menasihatkan kes itu tidak dipanjangkan. Tetapi sekiranya ada pihak yang tampil membuat laporan polis, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan.

Sebelum itu, iral di media sosial video sekumpulan remaja membuli seorang lelaki warga emas di Sijangkang, Selangor, mengundang kemarahan warga netizen.

Dalam kejadian itu, sekumpulan remaja itu terutamanya remaja berbaju hitam merampas kopiah milik mangsa dan mengacah-acah nak menjatuhkan motosikal sebelum melepaskan motosikal itu sehingga terkena pada kaki mangsa.

Warga emas itu terpaksa mengangkat motosikalnya sendiri. Ketika mahu menghidup enjin motosikal, remaja yang sama membaling kotak ke arah mangsa, selain cuba meletakkan sampah di atas kepala mangsa.

Tidak cukup dengan itu, mereka juga mempersendakan mangsa dan langsung tidak menghormatinya sebagai orang tua.

Video yang dirakam oleh salah seorang remaja dari kumpulan berkenaan kemudian dimuat naik di media sosial dan akibatnya, ahli keluarga mangsa bersama dengan penduduk kampung mencari remaja-remaja terbabit.

Setelah dikenal pasti, remaja-remaja terbabit ditangkap dan berdepan dengan ahli keluarga mangsa yang mempersoalkan tindakan kurang ajar mereka.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*