Nama Asisten Komisioner Nik Ezanee tular sekelip mata

Nama Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal viral sekelip mata selepas beliau turun padang membantu seorang ibu dalam kesusahan yang ditangkap mencuri Koolfever dan makanan untuk anak-anaknya.

Malah kata-kata ‘mencuri itu satu jenayah, tetapi untuk menghukum keluarga miskin yang sedang kelaparan juga adalah sesuatu yang tidak betul’ yang diucapnya begitu menusuk kalbu netizen.

Seorang wartawan berpengalaman, Syahril A. Kadir turut tampil mendedahkan perangai sebenar pegawai polis itu.

Berikut antara perkongsian beliau:

Ada yang minta saya komen pasal tindakan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Nik Ezanee Mohd Faisal, yang tadi turun padang membantu seorang ibu dalam kesusahan yang ditangkap mencuri Koolfever dan makanan untuk anak-anaknya.

Nak komen apa, memang dah tu perangainya.

Sebelum ni pun bukan main ramai bekas pegawai polis yang dah pencen, yang susah di PJ ni dia pergi jenguk, tanya khabar. Ah So yang jual kuih pau pun dia pergi jenguk.

Ini bukan publicity stunt brader. Dia adalah dia.

Strict nak mampos pun dia. Banyak menolong masyarakat pun dia.

Itulah dia. Nak kata apa lagi.

Sumber: Syahril A. Kadir