“Ner@ka Tu Panas, Bukan Aircond Full Blast,” Babak Ita ‘Sekolahkan’ Che Salmah Buat Ramai Puas Hati

Sudah hampir sampai ke penghujung, drama Takdir Yang Tertulis masih lagi hang4t menjadi bualan ramai.

Lebih-lebih lagi menerusi episod 13 yang menayangkan watak Ita (Iman Suhana) menasihati ibunya Che Salmah (Didie Alias) tentang hukvm menz4limi orang lain.

https://twitter.com/awatifily/status/1359915619332726784?s=19

Snippet babak itu telah dimuat naik menerusi laman Twitter dan sehingga kini telah meraih pelbagai reaksi yang rata-ratanya berpuas hati dengan nasihat Ita.

Namun, ramai yang tertanya-tanya siapakah Iman Suhana? Pelakon baru yang berjaya menarik perhatian ramai. Jom kenali beliau:-

Iman Suhana atau nama sebenarnya Norsuhana Mohamad Wahid adalah seorang graduan kelulusan Sarjana Muda Jurusan Teater (Pengarahan) dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Wanita yang berusia 31 tahun itu juga pernah membawa watak yang sama menerusi drama Monalisa yang pernah disiarkan menerusi saluran TV3.

Pelakon kelahiran Taiping, Perak itu sudah mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihan hatinya yang juga merupakan seorang ahli perniagaan iaitu Muhammad Shazwan Ibrahim.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Maya Inara yang kini berusia dua tahun.

Mengakui bahawa ramai sudah ‘buka mata’ dan memberikan komen positif terhadap watak Ruzita, Iman turut berkata dia kini sudah pun memperoleh nama gelaran seperti ‘Ita Ting Tong’ dan ‘Ita Milo Tabur’.

Drama yang masih lagi berbaki 2 episod itu bakal melabuhkan tirainya pada 16 Februari.

Sumber video: Twitter

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!