Nor Hidayah kecewa lagi, Ali Puteh senyap-senyap letak batu nisan di pusara Abam – “Saya tahu lepas tengok di Instagram”

SELEPAS lima bulan mennggal dunia, pusara Allahyrham Abam Bocey yang terletak di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak selamat dinaikkan batu nisan dan binaan ku bur.

Pada entri yang dikongsikan di Instagram, Ali meminta pengikutnya yang ingin menziarahi pusara Allahyrham Abam untuk mendoakan kesejahteraan arwh.

Namun tindakan itu kurang disenangi balu Abam, Nor Hidayah Mohd Ali kerana dia tidak dimaklumkan mengenainya.

Nor Hidayah ketika ditemui mStar bagaimanapun enggan memperbesarkan mengenai perkara berkenaan bagi mengelakkan sengketa berpanjangan.

Gambar binaan ku bur dan batu nisan yang dikongsikan Ali Puteh di Instagram.

“Saya pun tak tahu yang dia buat batu nisan ni.

“Dia tak hubungi saya langsung. Saya tahu lepas tengok di Instagram.

“Saya malas nak cakap apa-apa, baik saya diam saja,” katanya dalam nada kecewa.

Dalam pada itu, bapa Nor Hidayah iaitu Mohd Ali Bahtin turut melahirkan rasa kecewa kerana anaknya seolah-olah tiada hak ke atas kubur arwh Abam.

Saya malas nak cakap apa-apa, baik saya diam saja.

NOR HIDAYAH

BALU ALLAHYA RHAM ABAM BOCEY

“Memang kami tak tahu ahli keluarga arwh bina kepok di kubur arwh hari ini,” kata Mohd Ali.

Nor Hidayah dan Abam melangsungkan perkahwinan pada 8 Disember 2017 di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam.

Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia 14 bulan.

Allahyar ham Abam atau nama sebenar Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan mennggal dunia pada 10 Februari lalu selepas dua hari mengalami demam.

Sumber: mstar

Isteri Abam Bocey Terpaksa Jual Cempedak Goreng Demi Membesarkan Anak

SEWAKTU anak sulungnya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey berusia tiga bulan, pelakon dan pelawak popular, Allahya rham Abam Bocey, ada menyatakan keinginan untuk berniaga kedai makan bersama isterinya, Siti Nurhidayah Mohd Ali, 28.

Namun, hasrat itu tidak kesampaian apabila Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, mennggal dunia di kediamannya di Gombak, pada 10 Februari lalu.

Hari ini, Nurhidayah bangkit dari kesedihan bagi merealisasikan hasrat Allahyarham dengan berniaga cempedak goreng di tepi jalan di Pekan Sabak, Sabak Bernam.

Bercerita lanjut, Nurhidayah berkata, pada awalnya Allahya rham bercadang mencari kedai makan untuk berniaga masakan panas bersamanya.

“Arwh ada menyatakan hasrat untuk berniaga. Namun, memandangkan anak masih kecil, saya kata tunggu anak besar dulu baru boleh berniaga.

Mulakan Perniagaan Kecil-Kecilan

“Namun, hasrat itu (berniaga) tertangguh apabila arwh pergi menghadap Ilahi,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Menurut Nurhidayah, dia tidak mahu menoleh ke belakang kemudian membantu bapanya, Mohd Ali Bahtin, 70, berniaga durian di Pekan Sabak sebelum memulakan perniagaan cempadak goreng.

“Saya berniaga bersama adik ipar, Nor Farhana Nordin, 21, sejak awal bulan ini dan tidak menyangka cempadak goreng yang dijual mendapat sambutan orang ramai.

“Saya ketepikan perasaan kekok dan malu demi mencari rezeki halal.

Dan dalam masa sama membesarkan Hamzah yang kini berusia setahun,” katanya yang menetap di Taman Air Manis, Sabak Bernam.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai sambutan Aidiladha yang akan tiba tidak lama lagi, Nurhidayah berkata, dia dan Hamzah akan menyambut perayaan itu dalam suasana sederhana bersama keluarga.

“Diam tak diam, sudah lima bulan arwh meninggalkan kami berdua. Sampaikan Hamzah sudah lancar menyebut perkataan ‘ayah’.

“Meskipun arwh sudah tiada di samping kami, saya berdoa supaya rohnya ditempatkan bersama orang beriman,” katanya.

“Saya bermula dengan membuat kuih Kasih Chocolate, seterusnya kuih Titian Kasih koko dan sekarang cempedak goreng serta durian goreng.

“Saya memilih untuk buat bermacam-macam jenis bisnes sebab ini adalah salah satu punca rezeki saya sekeluarga dan tanpa semangat serta dorongan keluarga, saya tak sampai ke tahap ini untuk bertahan.

Teringin Mengembangkan Perniagaan

“Saya juga bertahan membuat bisnes kecil-kecilan demi sesuap nasi anak saya dan masa depannya,” katanya kepada mStar.

Bercerita tentang perniagaan, Nor Hidayah berkata keluarganya mula berjinak dalam bidang ini apabila bapanya mengeluarkan produk kesihatan pada tahun 2017.

Dia menceburkan diri dalam perniagaan selepas bisnes bapanya mendapat sambutan baik.

Nor Hidayah dan Allahyar ham Abam dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang berusia 13 bulan.

Tidak cukup dengan itu, Nor Hidayah mengimpikan untuk mengembangkan lagi pelbagai produk jualannya pada masa akan datang.

“Setakat ini, bermacam-macam jenis bisnes yang saya buat bersama keluarga.

Ayah saya ada mengeluarkan produk kesihatan iaitu ZMier Herbs Daun Sukun, dapat merawat penyakit kencing manis, darah tinggi, kolestrol dan pelbagai jenis penyakit lain… serta Durian Viral Ayahanda Jali.

“Kakak saya pula ada mengeluarkan produk Roti Jala Coklat Marvelous dan Tepung Segera Roti Jala Coklat Marvelous.

“Saya ada mengeluarkan kuih Kasih Chocolate, kuih Titian Kasih Koko, cempedak goreng, durian goreng, jeruk rambutan dan Tempoyak Bonda.

InsyaAllah, akan ada pembaharuan produk dari masa ke semasa.

“Saya masih ada banyak perancangan untuk pelbagaikan bisnes,” ujarnya.

Nor Hidayah dan Abam melangsungkan perkahwinan pada 8 Disember 2017 di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam.

Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia 13 bulan.

Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan mennggal dunia pada 10 Februari lalu selepas dua hari mengalami demam.