Pakai BMW, Lelaki SeIamba M4ki Anggota JPJ

Seorang lelaki bertindak biad4p apabila mem4ki hamun dan menolak anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selepas kereta miliknya ditahan untuk pemeriksaan di Jalan Teluk Ketapang, Kuala Nerus, kelmarin.

Kjadian dipercayai berlaku pada 5.55 petang ketika mngsa bersama beberapa rakan tugas sedang melakukan sekatan jalan raya di lokasi berkenaan.

Sebelum itu, mereka menahan sebuah kereta BMW yang didapati tidak mempamerkan cukai jalan serta cermin gelap.

Menurut sumber, seorang lelaki dipercayai pemandu kereta berkenaan memberhentikan kenderaan sebelum diberi penjelasan berhubung kesalahan dilakukan.

Katanya, ketika anggota JPJ sedang memberikan penjelasan, penumpang iaitu suspek tiba-tiba keluar dari kenderaan dan menengking anggota bertugas dengan kata-kata kesat.

” Ketika itu, suspek ada mengeluarkan kata-kata seperti ‘tulis lah cepat sikit, saya banyak kerja lagi. Kalau setakat hendak saman RM10,000, RM10 juta aku boleh bayar’ kepada anggota terbabit.

” Malah, beberapa minit kemudian, suspek dikatakan menghubungi seseorang disyaki kenalannya untuk mengadu mengenai kejadian itu, selain bertindak menolak mngsa sambil mengeluarkan kata-kata berbaur ugvtan,” katanya.

Sumber berkata, melihat keadaan semakin tegang, pegawai bertugas yang berada di lokasi sama cuba menenangkan keadaan dengan menjelaskan tindakan yang diambil pihaknya.

Namun, ia tidak diendahkan suspek, malah dia cuba menolak anggota bertugas tetapi sempat dihalang pemandunya.

Katanya, suspek kemudian mengajak pemandunya meninggalkan lokasi kejadian tanpa mengambil notis saman yang dikeluarkan.

” Susulan kejadian itu, pegawai JPJ yang bertugas membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan anggotanya selain ingin menjaga maruah jabatan JPJ,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.

Reaksi warganet

Sementera itu menerusi ruangan komen, rata-rata mengec4m tindakan lelaki terbabit yang disifatkan tidak tahu menghormati anggota penguatkuasa yang sedang menjalankan tugas.

Segelintir warganet turut mempersoalkan bagaimana pemandu tersebut boleh dilepaskan begitu sahaja sedangkan terang-terang membuat kesalahan tidak mempamer cukai jalan dan cermin gelap.

” Yang ni lawak 10 juta ek, drama tv3 boleh la cakap projek juta-juta tapi realiti nak bayar duit tol pun berkira minyak petrol naik sen pun dah bising lagi mau sembang” tulis Sam

” Tak pamerkan roadtax dan cermin gelap..lepas mcm tu je? Kalau kereta curi, bawa dad4h macam mana? Kena tegas le sikit JPJ dalam hal sedemikian..tiada roadtax, tahan dan sita dulu sampai bawa roadtax..” tulis Anep