Paksu janji akan jaga kamu macam ayah ~ luahan adik

Satu nukilan luahan hati dari adik ipar mangsa telah membuat ramai sayu. Adik ipar kepada ar wah Syed Muhammad Danial iaitu Zafri Amir telah muatnaik satu status dengan foto anak buahnya dan telah berjanji akan menjaganya sebaik mungkin, sama seperti bapanya.

Ini tulis Zafri Amir: “Paksu promise paksu will take good care of you Sharifah Dian Malikha Binti Syed Muhammad Danial, paksu will always be there for you just like your baba did”

Zafri menambah lagi ketika dia berada di tempat kejadian, abang iparnya tatkala itu telah berada dalam keadaan separuh sedar. Kalau kalian ingin tahu, Zafri adalah ahli keluarga yang terawal dating ke lokasi kejadian.

Dia kemudian telah membawa abang iparnya itu ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Katanya ketika itu, dia menaiki sebuah kereta awam yang turut berada di sana.

Dalam perjalanan ke klinik, Syed Danial masih dalam keadaan separuh sedar.

Namun begitu, ketika tiba di Nilai Medical Centre, dia dilihat dah tak sedarkan diri dan terus dibawa ke Unit Kecemasan.

Tak lama kemudiannya, pegawai perubatan (doktor) yang menerima kes berkenaan kemudian mengesahkan Syed Muhammad Danial kini sudah tiada lagi dan pergi buat selamanya.

Dalam pada itu, bapa mertua Syed Danial mengatakan, lelaki berkenaan adalah seorang menantu yang baik dan hormat pada orang tua, malah seorang suami dan bapa yang penyayang.

Memang tak sangka kejadian ini berlaku sekaligus menybabkan anak dan cucunya kehilangan insan tersayang sekelip mata.

Dari makluman dan kenyataan ahli keluarga, mang sa sememangnya seorang anak yang amat baik dan taat pada keluarga. Hampir setiap minggu Syed Danial akan membawa isteri serta anak ke rumah ibunya di Shah Alam untuk datang ziarah.

Malah, kalau diikutkan perancangan, pada tahun ini, mereka sekeluarga telahpun membuat perancangan untuk sambut hari raya haji di rumah ibunya, apakan daya semuanya telah tertulis. Sama kita doakan.

Kredit: news-tel

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*