Pandemik C0V-19. Sek0lah rendah dinasihatkan agar ditutup semula

KUANTAN: Kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan digesa supaya menutup semula sekolah rendah kerana penularan pandemik Cov-19 masih belum pulih sepenuhnya di negara ini.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, murid sekolah rendah khususnya dari darjah satu hingga tiga, majoriti mereka tidak faham tentang apa itu penjarakan sosial.

“Mereka (murid SK) ini tidak akan buat dan tidak faham penjarakan sosial, tak akan hendak mengharapkan cikgu jaga semua.

“Saya sendiri sempat meninjau di SK Jalan Bahagia, Temerloh dan saya dapati murid-murid khususnya darjah satu hingga darjah tiga, mereka tidak faham dan tidak bersedia untuk mula bersekolah,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Sesi persekolahan murid tahun lima dan enam dibuka semula bermula 15 Julai lalu manakala bagi murid darjah satu hingga empat, sesi persekolahan mereka bermula semalam.

Mengulas lanjut, Mohd. Sharkar berkata, kerajaan tidak seharusnya bertindak tergesa-gesa dan jangan nanti apabila wujud kluster baharu membabitkan murid SK, baharu mahu bertindak.

Selain SK ditutup semula, beliau juga mencadangkan supaya pelajar dari tingkatan satu hingga tiga turut diarahkan bercuti.

“Hanya pelajar dari tingkatan empat hingga lima yang terlibat dalam sesi persekolahan sehingga kita benar-benar yakin penularan wabak ini dapat dikawal sepenuhnya dan vaksin ditemui,” katanya.

Antaranya lagi,

Wajib pakai pelitup separuh muka mulai 1 Ogos

Mulai 1 Ogos ini pemakaian pelitup separuh muka diwajibkan di pengangkutan awam dan tempat-tempat awam yang sesak.

Orang ramai yang melanggar arahan ini boleh dikompaun RM1,000 di bawah Akta 342  (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).

“Keputusan ini dibuat semasa Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob  pada sidang media perkembangan PKP Pemulihan (PKPP) di bangunan Parlimen di sini, hari ini.

PKPP: 22,402 diminta kuar4ntin kendiri

Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang masih berlangsung bermula 10 Jun sehingga 20 Julai lalu, sebanyak 22,402 individu telah diperintahkan kuar4ntin kendiri dan 78 lagi dibawa ke hospital.

Mereka ini merupakan 22,480 individu yang pulang ke tanah air melalui pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pada 20 Julai, sebanyak 403 rakyat telah pulang ke tanah air melalui KLIA dan KLIA2 dari United Kingdom, Indonesia, Qatar, Singapura, Pakistan, Jepun, China dan Thailand.

“Kesemua 403 individu telah diperintah untuk menjalani proses kuarantin wajib di kediaman mereka,” katanya dalam kenyataan di sini.

Kebelakangan ini, penularan Cov-19 menunjukkan peningkatan di peringkat global dan pada 20 Julai lalu, lebih 14 juta kes positif Cov-19 telah dilaporkan di seluruh dunia termasuk 603,000 kes kem4tian.

Sejak tiga hari lepas, kes baharu yang dilaporkan di seluruh dunia melebihi angka 200,000 orang sehari.

Ini juga menyumbang kepada peningkatan jumlah kes di Malaysia apabila rakyat pulang dari luar negara.

Dalam pada itu, Ismail Sabri memberitahu, kerajaan mendapati masih terdapat individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan kuarantin wajib di rumah dan sikap degil mereka ini mengundang risiko penularan tempatan.

Katanya, kerajaan memandang serius insiden-insiden ketidakpatuhan SOP kuarantin kendiri yang telah menyebabkan penularan jangkitan Cov-19 kepada ahli keluarga dan juga masyarakat sekeliling.

“Tindakan mereka ini adalah amat tidak bertanggungjawab dan pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas termasuk mengenakan kompaun RM1,000 ataupun mendakwa di mahkamah dan boleh dikenakan hukuman penj4ra tidak melebihi enam bulan,” ujarnya. -UTUSAN