Pasang Jalur Gemilang Terbalik, Adakah Tindakan yg Dikenakan ke Atas Sekolah ini Berbaloi

TINDAKAN tatatertib dan lebih tegas akan diambil ke atas mana-mana sekolah yang sengaja mempamer Jalur Gemilang terbalik, kata Timbalan Menteri Pendidikan I Datuk Dr Mah Hang Soon.

Malah beliau turut memberi amaran kepada pengurusan sekolah supaya lebih bertanggungjawab dan menghormati Jalur Gemilang yang menjadi lambang kebesaran negara.

“Saya dimaklumkan terdapat sebuah sekolah yang pamerkan Jalur Gemilang secara terbalik dan sudah mengarahkan pegawai saya untuk membuat siasatan serta-merta.

“Saya beri amaran jikalau terdapat mana-mana pihak sekolah yang terbalikkan bendera secara sengaja.

Tindakan tatatertib (dan) tegas akan diambil ke atas mereka berdasarkan undang-undang (sedia ada),” katanya menerusi kenyataan di Facebook rasminya.

Beliau berkata, sudah dimaklumkan bahawa kakitangan sekolah itu menyedari kesilapan dilakukan dan sudah memperbetulkan kedudukan bendera serta memohon maaf.

“Dimaklumkan bahawa ia dilakukan secara tidak sengaja oleh pekerja sekolah.

“Jalur Gemilang adalah lambang kebesaran negara dan ia harus diberikan penghormatan yang tertinggi,” katanya.

Jalur Gemilang dipasang terbalik itu dipercayai berlaku di sebuah sekolah rendah di Klang, Selangor dan tular di media sosial.

Guna Alasan yg Sama, “Tidak Disengajakan”

PEMASANGAN Jalur Gemilang secara terbalik di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Jalan Kapar di Klang Utara, didakwa dilakukan secara tidak sengaja.

Gambar dan status menunjukkan Jalur Gemilang dipasang mulai tular di media sosial sejak pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, status berkenaan dikongsikan di beberapa akaun Facebook dan turut mendapat komen berbaur perkauman.

“Siasatan awal mendapati Jalur Gemilang itu dipasang pada jam 5 petang semalam oleh seorang pekerja pembersihan sekolah warganegara Indonesia yang bertaraf Pemastautin Tetap.

Dia dibantu seorang pekerja wanita tempatan.

“Bendera itu dipasang pada dinding belakang tingkat bawah bangunan Blok A sekolah itu.

Selepas siap dipasang, pekerja itu turun untuk melihat kedudukan bendera berkenaan dan mendapati ia dalam keadaan terbalik.

“Pekerja itu kemudian terus bertindak membuka kembali bendera berkenaan dan memasang mengikut kedudukan yang betul dalam tempoh 10 minit,” katanya.

Beliau berkata, walaupun pekerja itu bertindak menukar kedudukan bendera itu, seorang individu yang kebetulan berada di luar pagar sekolah terbabit sempat mengambil gambar kedudukan bendera Jalur Gemilang yang dipasang terbalik.

Katanya, individu itu kemudian menyebarkan gambar berkenaan di media sosial Facebook dengan memainkan isu perkauman tanpa usul periksa.

“Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya hentikan menyebarkan gambar itu yang boleh menggugat ketenteraman awam.

Jelasnya, susulan kes itu, Timbalan Pengerusi Pengelola sekolah turut membuat laporan polis menafikan bahawa sengaja memasang terbalik bendera secara terbalik.

“Nak panah Line..buke kali pertama deh..puak rasist mrendahkan2 martabat jalur gemilang, jata negara..

Alasan tk sengaja.. klise deh..demi kesejahteraan keamanan negara pd masa hadapan..

Sekolah Wawasan satu aliran harus berlaku..mansuhkan SKJC SKJT..contohi negara jiran kita..

Asimilasi kaum berlaku..tk berlaku rasisme..”

“Bkn x sengaja..ini namanya Kurang Ajar…dahh berpuluh tahun merdeka sikap x pernah berubah..

Tak ada rasa cinta pd negara..ini lah natijahnya hasil dr membela warga asing yg diiktiraf menjadi warga negara sejak negara merdeka…

Kini setiap tahun berlaku apakah ini tidak disengajakan…akibat terlalu mengikut telunjuk kini mereka semakin berani menderhaka kpd negara…

Mana pemimpin melayu yg siang mlm melalak Ketuanan Tanah Melayu…tanah ini milik siapa sebenarnya…”

“Yang pasang tu umur berapa. Takkan tak tahu jalur gemilang macam mana.

Anak aku darjah satu pun tahu rupa jalur gemilang.

Kalau dia lukis pun elok je, takdelah terbalik pun. Benda ni bukan sekali berlaku, dah banyak kali dah terjadi.”