Pasangan pengantin terkedu sesi shooting outdoor, Agong dan Permaisuri turun dan bergambar sekali

UMPAMA bulan jatuh ke riba! Itulah perumpamaan yang sesuai diberikan kepada pasangan pengantin baru yang berpeluang merakam hari sejarah mereka bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddinAl-Mustafa Bilah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Terkedu melihat kehadiran Agong dan Permaisuri

Pasangan pengantin, Muhammad Hazri Hussain, 25, dan Nurain Aqilah Rosmanniwanda, 20, terkedu melihat kehadiran baginda berdua yang sedang bercemar duli berangkat melawat rumah lama di Sungai Lembing sebaik selesai lawatan kerja baginda di lokasi kebakaran di Pekan Sungai Lembing.

“Ketika itu saya dan isteri sedang ambil gambar (photoshot) perkahwinan kami…tak sangka tuanku sudi menghampiri kami..bertanya khabar dan tuanku mempelawa bergambar bersama.

“Saya rasa sangat bangga (dapat bergambar dengan Agong)..saya sayang Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri walaupun sekali dalam seumur hidup saya, baru hari ini berpeluang melihat baginda di depan mata sendiri,” ujar Muhammad Hazri yang berasal dari Kampung Kolek, Sungai Lembing di sini.

Dapat hadiah wang tunai sempena majlis perkahwinan

Dalam pada itu, pasangan bertuah berkenaan turut menerima kurniaan sejumlah wang daripada baginda berdua dan berniat untuk menggunakannya sebagai perbelanjaan mencari rumah sewa atau membeli kenderaan.

“Saya hanya buruh biasa dan isteri bekerja kilang…rezeki yang diterima akan digunakan sebaik mungkin untuk memulakan kehidupan berumahtangga,” katanya.

 

Sementara itu Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong turut berkongsi keseronokan baginda dapat peluang menemui rakyat jelata di sekitar Sungai Lembing selepas lawatan kerja di lokasi kebakaran di Pekan Sungai Lembing.

“Terjumpa pengantin baru tadi kat bangunan lama di Pekan Sg Lembing…dpt bergambar dgn kita.

Dapat singgah warung kuih buah hulu dan dapat minum petang di warung”, titah baginda menerusi hantaran whatApss kepada pengarang portal diraja Pahang yang diterima lewat petang tadi.

Sementara itu di media sosial ratusan ucapan tahniah diberikan kepada pasangan pengantin berkenaan. Rata rata warganet mengatakan pasangan berkenaan sangat bertuah kerana dapat bergambar bersama-sama Agong dan Permaisuri.

Luck utk awak berdua…semoga kekah sebagai suami isteri hingga ke jannah.memori terindah tu.

Warga maya juga menyifatkn Agong dan permaisuri merupakan Raja yang berjiwa rakyat dan sangat pemurah.

Alhamdulillah….raja berjiwa rakyat. Daulat Tuanku.

DAULAT TUANKU
DIRGAHAYU TUANKU

Sumber: Portal Diraja Pahang

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.