“Patutnya Semakin Ramai Kerana Boleh Bawa Keluarga, Tapi Kini M4ti Dan Sunyi’”- Peniaga Gelisah Berikutan Larangan Merokok

Larangan merokok di restoran, premis makanan di negara ini telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang telah berkuatkuasa 1 Januari 2019.

Rata-rata masyarakat telah sedar akan undang-undang tersebut dan ramai yang mula menghisap rokok di luar kedai makanan dengan jarak yang telah ditetapkan.

Pemilik restoran mempersoal dakwaan menteri kesihatan bahawa pengharaman merokok di premis menjual makanan di seluruh negara menyebabkan peningkatan perniagaan.

Mereka berkata, pengharaman itu yang mula berkuat kuasa pada 1 Jan lepas memberi kesan sebaliknya ke atas pendapatan restoran berikutan kemerosotan pelanggan.

Presiden Persatuan Pemilik Kedai Kopi Malaysia-Singapura (MSCSPGA) Datuk Ho Su Mong berkata, ramai perokok menjauhkan diri kerana tidak mahu ditangkap oleh pegawai penguat kuasa.

“Kira-kira 20-30% pelanggan kami merokok dan hampir setengah daripada mereka tidak lagi datang selepas pengharaman itu berkuat kuasa,” Hu memberitahu FMT.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dilaporkan berkata, pengharaman itu membantu sesetengah restoran menambah pendapatan mereka.

“Kami juga menerima bukti menunjukkan sesetengah restoran menambah pendapatan mereka kerana pelanggan kini membawa keluarga masing-masing ke situ. Dulu mereka tidak membawa anak-anak kerana asap rokok,” beliau dilaporkan berkata kepada Malay Mail.

Dzulkefly, yang mempertikaikan dakwaan kemerostoan pendapatan selepas pengharaman itu berkata, golongan bukan-perokok kini dapat menikmati makanan mereka dengan selesa.

Bagaimanapun Ho berkata, kebanyakan tempat makan kelihatan “mati dan sunyi” selepas pengharaman tersebut, sekali gus menambah beliau berharap kemerosotan itu hanya bersifat sementara.

Sementara itu, Persatuan Pengusaha Restoran India (Prisma) berkata, ahlinya mengadu tentang kemerostoan perniagaan berikutan penguatkuasaan larangan merokok.

“Ia benar-benar memberi kesan kepada restoran, terutama kedai kecil, kata presiden Prisma, P Muthusamy, dengan menambah hampir separuh pelanggan yang merokok tidak lagi datang ke restoran.

Katanya, beliau akan mengumpulkan aduan daripada pengusaha untuk dikemukakan kepada kerajaan.

“Setakat ini, pengharaman itu tidak membantu perniagaan kami sama sekali,” katanya kepada FMT.

Peraturan larangan merokok terpakai ke atas semua tempat makan, termasuk restoran terbuka.

Kerajaan juga berkata, larangan itu mungkin akan diperluaskan untuk turut merangkumi kedai dobi dan hotel.

Kementerian Kesihatan mengarahkan lebih 5,000 pegawainya di seluruh negara bagi menguatkuasakan larangan itu, tetapi memberi tempoh “pendidikan” selama 6 bulan sebelum pesalah dikenakan denda.

Pemilik restoran yang membenarkan pelanggan mereka merokok akan turut dihukum di bawah peraturan baru itu.

Kerana Rokok, Terlupa Isteri Dalam Kedai!

Namun, kisah yang dikongsikan oleh Puan Umm Zainab menarik perhatian apabila ada suami yang terlupa bahawa mereka datang bersama isteri untuk makan di kedai makanan dan selepas itu pulang sendiri selepas merokok dan meninggalkan isterinya hanya kerana rokok.

SUAMI BUAT ISYARAT TANDA NAK MEROKOK

Semalam, kami keluar ambil angin. Zainab mahu makan roti canai, jadi setelah bersiar-siar, kami singgah ke restoran nasi kandar untuk minum petang. Di hadapan meja kami, ada pasangan sedang makan nasi kandar (sempat saya jeling dalam pinggan mereka haha).

Belum lagi order kami sampai, lelaki yang duduk bertentangan selesai makan, membasuh tangan, ambil tisu, pulang ke meja, lap mulut, duduk dalam suku minit, lantas keluar dari restoran setelah mencuit bahu pasangannya memberi isyarat tangan yang saya pun tidak faham. Tinggallah wanita itu menghabiskan makanan yang masih berbaki.

Tidak lama kemudian makanan kami tiba. Wanita di hadapan masih sedang makan. Anak-anak saya pun mulai makan. Setelah roti canai separuh dijamah, saya menjeling kembali kepada wanita itu, sudah habis makan nampaknya. Kelihatan resah (I aced my psy posting, and I am a trainee psychiatrist, so I judged people ok).

RESAH TUNGGU SUAMI TAK MASUK KE DALAM KEDAI

Kemudian wanita itu mengambil beg tangannya, melangkah melepasi kaunter bayaran. Seorang pekerja restoran mengekorinya dari belakang. Kecoh seketika.

“Kakak ini makanan belum bayar”.

“Saya nak pergi depan ni je. Nak panggil abang. Tadi dia pi merokok”.

Pekerja restoran terdiam. Wajahnya tidak terlalu berpuas hati. Takut dimarahi majikan barangkali. Saya faham. Bukan salahnya. Wanita itu memang kelihatan seperti mahu pergi terus tadi. Siap mengelek beg tangan. Iyalah bahaya juga meninggalkan beg tangan sembarangan. Takut dicuri orang pula. Malang tidak berbau.

CALL SUAMI MINTA DATANG AMBIL

Lebih kurang seminit kemudian, wanita itu masuk semula. Mejanya tadi sudah dibersihkan. Ada pelanggan lain sudah duduk di sana. Dia merapati kami.

“Encik boleh pinjam power bank tak. Handphone habis bateri. Hendak call suami. Tadi dia pergi merokok di depan. Ini dah tak ada pula”. Dia berkata kepada suami saya yang duduk paling tepi.

Saya menghulurkan power bank dari dalam beg kepadanya. Terpandang perutnya. Dia sedang hamil. Kurang lebih 6 bulan. Naluri keiibuan, dan mungkin juga naluri pengamal perubatan saya terusik. Lantas saya tarik kerusi di sebelah Sakinah, mengajaknya duduk.

Dia mencuba mengecas telefon bimbitnya menggunakan power bank kami. Tetapi tidak boleh, entah di mana silapnya. Lalu saya tawarkan dia menggunakan telefon bimbit saya, sekiranya dia ingat nombor telefon suaminya. Dia bersetuju.

SUAMI DAH BALIK, LUPA ISTERI MASIH DI KEDAI MAKAN

Dia mendail. Panggilan bersambut. Saya sebolehnya tidak mahu mencuri dengar. Pura-pura sibuk melayan anak-anak. Tapi terdengar juga perbualannya.

“Dah balik? Macam mana boleh lupa. Sampai hati. Kan ayang tengah makan tadi. Ishh abang ni”.

Wanita itu meletak panggilan, memulangkan telefon bimbit kepada saya. Tanpa ditanya dia berkata, “Dia boleh pulak dah balik sorang. Terlupa saya ada sini. Itulah biasa dia mai sorang, hari ni saya ada, tak ingatlah tu. Lagipun kerajaan dah tak bagi merokok dalam kedai makan tu yang dia pi merokok luar, balik terus tu, biasa siap-siap makan merokok terus start motor balik”.

SARAT HAMIL

Meski dalam nada gelak, saya dapat merasa ada rona sedih, atau mungkin tangis yang tertahan pada suaranya. (Again, I judge people for a living. I work in a psy department, dont blame me). Namun masih dia cuba menjustifikasi perbuatan suaminya, mencuba memberi alasan atas perbuatan suaminya dengan mengatakan suaminya tidak biasa membawa dia ke restoran itu, tambahan pula suaminya perlu merokok di luar premis – jika bukan alasan untuk menghias tingkah laku suaminya di mata kami, orang asing yang tidak dikenali, alasan itu untuk hatinya sendiri.

Ditambah dengan keadaan dirinya yang sedang hamil saya faham benar betapa sensitifnya perasaan. Pernah tengok drama aidil fitri, Daun Ketupat Kering, pada babak sewaktu Rita Rudaini bangun tidur dan menangis kerana menyangka Rosyam Nor telah pulang ke kampung meninggalkan dirinya yang sedang sarat hamil.

Beberapa minit kemudian suami wanita itu sampai. Tersengih-sengih sambil berkata kepada si isteri, “Sorry, abang terlupa. Pi merokok tadi tak ingat apa dah, start motor terus cabut. Badan pulak sengal-sengal lesu dari semalam, memang nampak bantal katil je lah”.

Wanita itu mengucapkan terima kasih kepada saya dan suami, sambil memicit pipi Sakinah, lantas melangkah mengikuti suaminya yang baru selesai membayar harga makanan mereka. Saya dan suami berpandangan sesama sendiri. Tidak terkata apa. Seorang pekerja restoran berjanggut lebat yang sedari tadi memerhati, memandang kami sambil menggeleng, lalu berkata, “Ini macam punya orang pun ada”. Suami saya membalas dengan senyuman tawar.

Kesedaran pemilik restoran masih rendah

Penerimaan dan pemahaman masyarakat tentang larangan merokok sepenuhnya di premis makanan di Selangor semakin baik walaupun baharu tiga hari penguatkuasaannya namun kesedaran peniaga terutamanya pengusaha gerai dalam memaparkan papan tanda amaran itu dilihat masih rendah.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor Datuk Dr Khalid Ibrahim berkata dalam operasi yang dijalankan sejak Selasa, didapati kurang daripada 50 peratus pengusaha gerai makan menaikkan papan tanda larangan merokok di premis mereka seperti mana yang ditetapkan dibawah Peraturan 11 Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2008.

Beliau berkata ini kerana kebanyakan pengusaha gerai termasuk peniaga berkanopi di tepi-tepi jalan tidak mengetahui bahawa mereka juga selaku penyedia makanan yang tertakluk di bawah peraturan berkenaan.

“Bagi pemilik restoran dan kedai makan, kita dapati hampir 70 peratus daripadanya telah memaparkan papan tanda larangan itu cuma pengusaha gerai masih kurang faham yang mereka juga mesti berbuat demikian.

“Disebabkan itu, kita akan mempergiatkan lagi usaha penguatkuasaan pendidikan dalam tempoh enam bulan ini supaya papan tanda itu dipaparkan dengan jelas di premis mereka bagi mengingatkan masyarakat supaya tidak merokok di tempat awam,” katanya kepada pemberita semasa operasi larangan merokok di sekitar Klang hari ini.

Beliau berkata walaupun setakat ini pemilik premis makanan termasuk gerai diberi notis amaran kerana tidak memaparkan papan tanda larangan merokok, namun mereka diingatkan supaya memasangnya mengikut spesifikasi ukuran yang ditetapkan Kementerian Kesihatan selewat-lewatnya sehingga Jun depan.

Katanya, selepas tempoh tersebut, mana-mana pemilik premis makanan yang masih gagal memaparkan papan tanda larangan merokok seperti ditetapkan dalam peraturan itu boleh didenda sehingga RM3,000 atau penjara tidak lebih enam bulan.

Dr Khalid berkata disebabkan Selangor mempunyai 70,000 premis makanan berdaftar dan anggaran 10,000 lagi tidak berdaftar, beliau menyasarkan sebanyak 1,500 premis dilawati setiap hari bagi pelaksanaan program penguatkuasaan pendidikan itu.

“Kita ada 448 pegawai seluruh negeri yang diberi kuasa melaksanakan penguatkuasaan ini 24 jam dan sehingga semalam, sebanyak 1,494 premis telah dilawati dengan 4,500 risalah berkaitan peraturan itu telah diedarkan kepada pekedai serta masyarakat dan ia akan bertambah dari semasa ke semasa.

“Pada masa sama juga, seramai 22 individu diberikan notis amaran kerana didapati merokok di tempat yang telah digazetkan sebagai kawasan larangan merokok,” katanya.

Sehubungan itu katanya, jabatan berkenaan juga akan bekerjasama dengan badan-badan bukan kerajaan serta ketua komuniti supaya kesedaran serta kefahaman masyarakat dan pemilik premis makanan tentang larangan merokok di tempat awam terus disebar luaskan.

Sumber: Mnews.host

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.