Pemalu, Senyuman Yang Manis. Video Hari Jadi Muhammad Adib Ini Buat Ramai Sebak

Malam tadi Malaysia dikejutkan dengan pemergian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim. Beliau cedeera teruk sewaktu bertugas dalam rusohan Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya akhir bulan.

Beliau yang pada awalnya menunjukkan reaksi stabil secara tiba-tiba menjadi ten4t lalu disahkan meninggial pada 9.41 malam tadi. Mengikut perancangan, Adib bakal berkahwin pada Sabtu ini, 22 Disember 2018.

Pemergian Adib turut mendapat reaksi dari Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menzahirkan rasa sedih dengan berita kemaatian anggota bomba,  Muhammad Adib Mohd Kassim yang meninggial ketika dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) pada 9.41 malam tadi.

Melalui laman Twitter rasminya, @chedetofficial, beliau turut mengucapkan takziah kepada keluarga Arwh.

“Innalillahiwa innailaihi rajiun.. Saya amat sedih menerima berita ini. Semoga roh arwh ditempatkan dalam kalangan golongan yang beriman.

“Takziah kepada keluarga Allahyrham Muhammad Adib atas pemergian beliau,” katanya.

Sejak itu Allahyrham dihujani doa dari seluruh rakyat Malaysia. Malah pelbagai pihak termasuk rakan berkongsi detik-detik akhir sahabat mereka, Muhammad Adib.

Berikut adalah antara video yang dikongsikan oleh rakan sekerja arwh yang dilihat meraikan hari jadi Muhammad Adib. Sebak..

Lihat video di bawah

Tunang Adib pernah luah rasa sedih di FB

Doa yang dititipkan di Facebook tunang anggota bomba itu, Nurul Najihah antara lain memohon agar anggota bomba yang kini tidak sedarkan diri dan berada di Unit Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) agar sembuh seperti sedia kala.

“Bawak bersabar ye cik. Moga Allah beri kekuatan Cik dan tunang, serta seluruh ahli keluarga kalian,” doa Asraf Thaqib Muhammad.

“Semoga urusan kamu dipermudahkan olehNya.. Ya Allah sembuhkan dia, kau tabahkanlah ahli keluarganya,” kata Nurulhidayah Amirna.

“Saya tak kenal cik, saya harap cik dan tunang diberikan kekuatan. Amin,” kata
Khairunnisa Hanis

“Semoga Allah permudahkan segala urusan. Semoga saudara Adib kembali pulih,” doa Aqilah Khozai.

“Semoga tunang Cik cepat sembuh. Saya betul-betul kesal atas apa yg dah berlaku kepada beliau. Saya harap pihak berkuasa akan kesan mereka yang telah mencederakan tunang cik,” tulis Lakshmi Kumar.

Dalam kejadian pukul 1 pagi tadi anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya itu diserang apabila pasukannya tiba di lokasi selepas mendapat maklumat sebuah kereta terletak di luar kuil terbakar.

Anggota yang duduk di bahagian penumpang hadapan unit EMRS itu ditarik keluar oleh kumpulan perusuh sebelum dipukul.

Akibat kejadian itu Muhammad Adib Mohd berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dipercayai mengalami keceederaan patah tul4ng rusuk serta beberapa keceederaan dalaman.-UTUSAN ONLINE

Baca apa komen netizen di bawah

Kerajaan Janji hukum pesalah

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga turut berkongsi kesedihan melalui laman Twitternya, @drwanazizah.

“Innalillahi wa’inna ilaihi raji’un. Saya cukup hiba mendengar pemergian saudara Muhammad Adib. Takziah diucapkan buat keluarga, sahabat handai dan seluruh warga bomba.

“Saya doakan agar rohh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Al-fatihah,” kata beliau.

Ucapan takziah dan rasa sedih turut dikongsikan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selepas mengetahui berita pemergian Muhammad Adib menerusi satu sesi ‘live’ di media sosial.

“Saya berasa amat sedih. Selepas sesi live tadi saya dimaklumkan bahawa anggota bomba kita Muhammad Adib Mohd Kassim telah pergi meninggaalkan kita.

“Takziah kepada keluarga Allahyrham dan semoga rohh ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. Al-Fatihah,” kata beliau menerusi laman Twitternya.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari dalam satu kenyataan, turut menzahirkan rasa duka cita dengan berita itu dan berharap Polis Diraja Malaysia (PDRM) membawa pelakunya ke muka pengadilan.

“Saya mengulangi keyakinan akan kemampuan PDRM dan Jabatan Peguam Negara untuk menyempurnakan siasatan terhadap kes ini.

“Sekiranya terbukti wujudnya elemen jen4yah maka saya berharap penjen4yah terbabit akan segera dibawa ke muka pengadilan dan dihukum sekeras-kerasnya atas tindakan yang tidak berperikemanusiaan ini.,” kata beliau.

Turut berkongsi pendapat sama adalah Mufti Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mahu pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pelaku yang menyebabkan Muhammad Adib cedeera dalam kejadian itu.

“Hari ini adalah hari berduka bagi seluruh rakyat Malaysia. Kami menuntut supaya trageedi ini tidak tamat di sini sahaja.

“Ianya patut diselesaikan secepat mungkin oleh pihak berwajib dengan seadil-adilnya,” kata beliau di Twitter.

Dalam pada itu, ribuan netizen melalui laman Facebook dan Twitter turut mengucapkan takziah dan memberikan kata-kata semangat kepada keluarga Muhammad Adib selain berkongsi kesedihan masing-masing dengan berita mengejutkan itu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: menujukebenaran

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.