Pemilik kereta Kancil usang berduit & fasih berbahasa Inggeris

Seorang peniaga mi mendedahkan pemilik kereta Kancil buruk yang disita polis baru-baru ini sebenarnya berduit.

Peniaga tidak dinamakan berkata lelaki misteri, 40-an sering datang ke gerainya pada 2016, lapor Sin Chew Daily.

“Dia akan datang ke gerai saya bungkus makanan pada Tahun Baru Cina. Dia ada tanah dan biasanya akan bayar dengan jumlah wang tunai yang agak besar. Dia kelihatan agak normal,” katanya yang kali terakhir melihat lelaki itu pada 2016.

Manakala seorang mekanik pula memberitahu, beliau merupakan individu bertanggungjawab menjual kereta Kancil jenis 660 kepada bapa lelaki misteri.

Menurut mekanik, lelaki tersebut pernah menuntut di Singapura, malah fasih bahasa Inggeris.

Akhbar itu turut melaporkan, lelaki berkenaan bukanlah dari Raub, tetapi Pulau Pinang, namun menetap di Pahang kerana bapanya memiliki tanah di sana.

Kereta Kancil ditemui di bahu jalan di Kilometer 15 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh, sebelum disita polis trafik Gombak.

Difahamkan cukai jalan kenderaan terbabit sudah tamat tempoh sejak 10 September tahun lalu, malah pemandunya tidak memiliki lesen memandu.

Sementara itu, bahagian dalam kereta berkenaan kini tular di media sosial selepas dikongsi akaun Facebook ‘Aurizn Malaysia’.

Berikut merupakan perkongsian lain dari beberapa pemilik akaun fb samaada yang mengenali ataupun pernah terserampak dengan lelaki ini.

Bagi Pn Resduing, dia mengenali lelaki itu yang berasal dari pekan, Pahang sambil menyifatkan beliau adalah seorang yang waras dan fasih berbahasa english.

Saudara Nazri pula mengatakan lelaki berkenaan pernah datang singgah di kedainya suatu ketika dulu. Mereka pernah bersembang dan dari cara lelaki itu berkomunikasi nazri menggambarkan beliau adalah seorag yang berpengetahuan.

Seorang lagi pengguna FB ada memberikan komen mengatakan lelaki ini berasal dari Pulau Pinang dan mempunyai rumah yang besar.

Kesimpulannya, Kita tak tahu apa yg beliau cuba utk lakukan dlm hidupnya. Cuma yg positif kita amik sebagai pengajaran la. Especially dont judge a book by its cover.

Kredit: penangkini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*