Pemilik ‘wristband’ di lantai KLIA sudah dikesan, ini cerita individu tersebut

PEJABAT Kesihatan Kawasan Tawau (PKKT) mengesahkan seorang individu yang baru pulang dari luar negara didapati menanggalkan gelang tangan di bawah perintah kuarantin Cov-19.

Pegawai Kesihatan (PKKT) Dr G Navindran berkata, lelaki berusia dalam lingkungan 30 tahun itu sudah tampil memberi keterangan di pejabatnya pada 21 Julai lalu.

Menurutnya, lelaki terbabit turut didapati mengemukakan maklumat tidak tepat selain deklarasi kesihatan mengelirukan ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum meneruskan perjalanan ke Tawau, bulan ini.

“Ketika disoal siasat, individu itu pada awalnya mendakwa tidak pernah ke luar negara sebelum ini.

“Bagaimanapun, dia akhirnya mengaku baru pulang dari luar negara dan menanggalkan gelang tangan semasa tiba di KLIA,” katanya ketika ditemui di pejabatnya hari ini.

Navindran berkata, sehubungan itu siasatan terperinci dijalankan termasuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan.

Sebelum ini, tular beberapa gambar di laman sosial berkaitan tindakan individu yang memakai gelang tangan Cov19 di tempat awam termasuk premis makanan di Perak dan Kuala Lumpur awal minggu ini.

Lebih malang, penemuan gelang tangan di KLIA dikatakan sengaja ditanggalkan oleh individu yang baru pulang dari luar negara dipercayai enggan menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian Di Rumah (HSO).

Terdahulu isu yang viral

Baru-baru ni kecoh satu Malaysia dengan penularan seorang makcik yang dikatakan baru pulang daripada luar negara dan gagal untuk mematuhi arahan kerajaan agar kuarantin di rumah.

Melalui gambar yang tular, makcik berkenaan sedang makan dan minum di sebuah restoran bernama Hanaz Cafe di Ipoh, Perak. Bukan itu sahaja, ramai juga yang mengecam tindakan makcik itu yang tanpa sedar berisiko untuk menyebabkan gelombang kedua COV 19.

Peniaga cafe berkenaan bagaimana mengesahkan makcik berkenaan disahkan negatif COV 19 dan ternyata kecewa dengan tindakan makcik berkenaan yang gagal mematuhi perintah kerajaan.

Belum pun reda kes makcik ini, di Twitter ada yang viralkan wristband di lantai KLIA. Siapa pula yang pergi cabut. Adoi!

Sama-samalah kita semua sedar diri dan janganlah penting ego masing-masing sehingga membuat nyawa terkorban sama. Ingat, kita jaga kita.

Sumber Hmetro