“Pengacara Sekarang Banyak Mer4pu Dan Suka P0tong Tetamu Bercakap!” Nad Zainal Bandingkan Azwan Ali Dengan H0s Masa Kini

KEMUNCULAN Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA sebagai pengacara program Lagu Cinta Kita 2 selama dua episod mendapat pujian penonton.

Malah, pelakon Nad Zainal juga berpendapat Azwan, 54, seorang pengacara TV terbaik yang masih ada dalam industri.

No doubt, Diva Azwan Ali antara hos TV terbaik yang Malaysia ada. Respect buat senior,” tulisnya menerusi Instastory.

Ya, pengacara sekarang banyak merapu dan suka potong tetamu bercakap.

NAD ZAINAL

PELAKON
Azwan turut memuat naik semula perkongsian pelakon drama Hati Yang Tersakiti itu di Instagram miliknya pada Rabu.

Dalam pada itu, Nad turut meninggalkan komen dengan membandingkan pengacara zaman 90an dengan generasi baharu.

“Pengacara sekarang banyak merapu dan suka potong tetamu bercakap… rindu pengacara dan program TV pada tahun 90an.

“Malah pembaca berita… semua nampak classy,” kata Nad.

Nad meninggalkan komen dengan menyuarakan pendapatnya mengenai pengacara masa kini.

Gandingan Azwan dengan pelakon Elly Mazlein sebagai pengacara program yang bersiaran setiap Ahad di TV3 itu mencuri perhatian.

Penampilan berbeza Azwan yang kelihatan kemas dengan berambut pendek dan mengenakan sut menerusi program tersebut juga dipuji netizen.

Menerusi laporan mStar pada 9 November lalu, Azwan berkata dia perlu bersikap profesional dalam melaksanakan tugas sebagai pengacara program televisyen tanpa perlu mengundang kontroversi.

Bagaimanapun Azwan menerusi Instagram mengumumkan dia hanya mengendalikan program realiti tersebut untuk dua episod sahaja.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.