Penyokong Malaysia patah tangan diserang Garuda, dikepung sampai tengah malam

Keadaan tak terkawal di dalam Stadium Bung karno, Indonesia semalam benar-benar seperti dalam medan peperangan. Pelbagai objek kerras dibaling oleh penyokong pasukan tuan rumah diatas kekalahan pasukan Indonesia kepada pasukan Malaysia.

Perlawanan bola sepak untuk kelayakkan Piala Dunia 2022 dari awal dilihat teggang apabila penyokong-penyokong Indonesia berkelakuan agressif semenjak pemain Malaysia tiba di sana

kekecohan yang berlaku turut membuatkan beberapa penyokong Malaysia tercedera akibat dibaling objek kerras dan dikassari oleh penyokong Indonesia.

Lebih membimbangkan apabila mereka terpaksa menerima rawatan kerana kecedderaan seriius. Menerusi Berita Harian, dua penyokong Malaysia dikejarkan ke hospital kerana mengalami kecedderan seriius.

Menerusi sumber, penyokong yang bernama Izhar Atan telah dilaporkan pattah tangan kerana terjatvh semasa melarikan diri daripada serrangan penyokong Indonesia. Dia kini sedang dirawat di Hospital Jakarta.

     

Manakala seorang lagi penyokong telah mengalami kecedderaan di bahagia belakang kepala kerana terkena baIingan objek kerras daripada pihak Indonesia.

Sementara itu, ratusan penyokong Malaysia hanya dibenarkan keluar dari stadium kira-kira jam 12.45 tengah malam tadi selepas kawasan disitu disahkan selamat.

Sementara itu Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman, berkongsi pengalaman beliau bersama dengan penyokong Harimau Malaya di GBK.

Syed Saddiq Kecewa dengan sikap penyokong Garuda yang melanggar prosedur keselamatan dan tidak ada semangat kesukanan.

Dalam kenyataan menerusi Twitter beliau, Syed Saddiq berkata:

“Sebentar tadi saya bersama penyokong-penyokong Harimau Malaya menyaksikan Kelayakan Piala Dunia di Stadium Gelora Bung Karno. Objek besi,botol & suar dicampak kepada kami beberapa kali.”

“Terdapat juga beberapa penyokong Indonesia juga cuba merempuh kawasan penyokong Malaysia dan perlawanan terpaksa dihentikan seketika.”

Syed Saddiq mengesahkan FAM akan membawa perkara ini ke FIFA.

“Saya dimaklumkan FAM bahawa mereka akan membuat aduan rasmi kepada FIFA. Saya juga akan membuat laporan rasmi kepada kerajaan Indonesia dan rakan sejawatan saya di sana.”

“Ketika ini saya masih lagi bersama-sama dengan penyokong Malaysia ditempatkan di dalam stadium sementara menanti keadaan di luar reda sebelum kami boleh pulang.”

Sumber : Berita Harian & the sukan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.