Perjalanan terakhir, hasrat jumpa keluarga tidak kesampaian. Pelukis Animasi Upin Ipin Maut Kemalangan

Semalam, warga kerja syarikat Les’ Copaque menerima berita sedih apabila salah seorang pekerjanya, Fairul Haida Abdul Rahim yang merupakan orang kuat dalam pembikinan kartun ‘Upin dan Ipin’ meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya.

Berita itu dikongsikan sendiri oleh syarikat tersebut di laman Facebook milik mereka. Rata-rata melahirkan rasa sedih apabila arwah dalam perjalanan pulang ke kampung bagi berjumpa dengan keluarga.

Terlibat dalam kemalangan jalan raya

Arwah merupakan seorang pelukis papan cerita (storyboard) di syarikat Les’ Copaque. Dikhabarkan arwah dalam perjalanan pulang ke kampung di penghujung syawal namun ajal memisahkan mereka terlebih dahulu. Kemalangan itu berlaku di Sungai Bakap, Pulau Pinang dan arwah sempat memuat naik status di Facebook memberitahu dia dalam perjalanan ke Utara.

Status terakhir Arwah beberapa jam sebelum kejadian.

Luahan sahabat arwah

Netizen sebak

Sumber : Les’ Copaque Production Sdn. Bhd. via ohbulan