Pertahan Hingga Hujung Nyawa, ‘Rumah Degil’ Di Tengah Kuala Lumpur Kekal Utuh, Jadi Iktibar Ramai

Sejak kebelakangan ini, media sosial hangat membicarakan mengenai isu tanah yang terdapat di Kampung Baru. Pelbagai spekulasi timbul seperti pemilik tanah enggan untuk menjualkan tanah milik mereka walaupun telah ditawarkan pada kadar tertinggi.

Disebalik isu berkenaan, seorang individu melalui akaun Facebook miliknya  telah berkongsikan kisah mengenai Rumah Degil yang terletak ditengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur.

Siapa tahu ini rumah siapa?

Jika tidak tahu, inilah Rumah Degil yang berada di Chow Kit di tengah-tengah pusat tumpuan ibu kota Kuala Lumpur.

Nenek Norma adalah tuan Rumah Degil ini.

Banyak versi cerita berkenaan rumah ini yang tuan rumahnya “degil” tidak mahu menjual rumahnya kepada pihak pemaju di kawasan tersebut sehinggakan naik bangunan-bangunan tinggi disekelilingnya dan hanya rumah dia sahaja yang masih kayu dan utuh.

Pelbagai usaha dilakukan untuk memujuk Nenek Norma menjual rumah itu bertahun-tahun lamanya sehingga beliau meninggal dunia.

Pada tahun 2013 akhirnya rumah ini terpaksa juga dilepaskan.

Tapi ramai orang yang mungkin tidak tahu, struktur asli rumah itu telah dipindahkan ke Balai Seni Negara terletak di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur kini untuk menjadi tatapan umum sejarah tentang Rumah Degil ini.

Untuk pengetahuan kalian, walaupun tanah itu telah dijual kepada pemaju, namun Datuk Seri Nazri Aziz yang ketika itu memegang jawatan Menteri Pelancongan telah mengambil inisiatif untuk membeli rangka rumah tersebut dan diletakkan di Balai Seni Negara di Jalan Tun Razak.

Korang rasa untuk apa?

Aku rasa dulu lagi dia dah boleh nampak, apa yang akan terjadi di Kampung Baru. Sebab itu dia sanggup halang kontraktor dari musnahkan rumah tu dan letakkan rumah tu seketul di sana.

Untuk apa?

Untuk dijadikan iktibar kepada kita semua.

Sumber: Herman Plani Syafrudin

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.