PLUS cadang bina kapsul tidur di RnR mulai tahun depan

Saban tahun, kes kemalangan jalan raya setiap kali musim perayaan semakin membimbangkan. Malah, banyak kes kehilangan nyawa akibat lemas dalam kenderaan dilaporkan berpunca tidur dalam kereta kerana terlalu letih dan mengantuk semasa memandu.

Sehubungan itu, Plus Malaysia Berhad (PLUS) bercadang membina kapsul tidur bagi pengguna Lebuhraya Utara-Selatan berehat dan melepaskan penat sekaligus mengurangkan kemalangan jalanraya.

Untuk pengetahuan anda, sebelum ini PLUS pernah membuka hotel di sepanjang lebuh raya tetapi terpaksa menutupnya kerana tidak mendapat sambutan memandangkan pemandu hanya mahukan ‘quick nap’ dan tidak memerlukan hotel.

Menurut Pengarah Urusan PLUS Datuk Azman Ismail, cadangan itu kini pada peringkat kajian dan projek rintisnya dijangka direalisasikan pada tahun hadapan.

“Kita sentiasa melihat kepada kemahuan pengguna… kapsul tidur yang juga dipanggil ‘time capsule’ ini akan memberi peluang kepada pemandu terutamanya pemandu kenderaan berat untuk mereka ambil ‘quick nap’ pada waktu malam sebelum mereka meneruskan pemanduan.

Dalam pada itu, pihak PLUS berharap dengan langkah ini nanti dapat mengurangkan keletihan dalam kalangan pemandu kenderaan berat dan mereka boleh memandu dalam keadaan segar dan dapat meneruskan perjalanan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.