“Prank” Isi Sampah Sebagai Daging Korban, Youtuber Di Tahan Pihak Polis

PALEMBANG: Polis Indonesia pada Isnin menahan seorang YouTuber yang dikenali sebagai Edo Putra dan seorang rakannya, susulan video prank memyerahkan daging korban yang sebenarnya sampah kepada orang ramai.

“Kedua-dua suspek telah ditahan,” kata Ketua Komisioner Polis Palembang Anom Setyadji.

Mereka didakwa melanggar Artikel 14 Kanun Jenayah Membuat Berita Palsu dan Masalah dalam Komuniti. Kandungan video itu juga didakwa melanggar etika kesopanan.

Jika didapati bersalah, mereka boleh dikenakan huku man penj ara 10 tahun.

Sebelumnya, Edo dan rakannya yang identitinya tidak didedahkan, memuat naik video berkenaan di YouTube, pada Jumaat.

Menerusi video itu, suspek bertemu dua wanita di sebuah kampung dan memaklumkan mahu mengagihkan 5 kilogram daging korban.

Mangsa terlebih dahulu diberitahu agar tidak membuka plastik hitam yang dikatakan mengandungi daging itu sebelum mereka meninggalkan kawasan tersebut.

‘Daging’ yang dimaksudkan, sebenarnya hanya sampah sarap yang dikutip suspek.

Ketika berita ini ditulis, video tersebut belum diturunkan dari YouTube.

Namun jumlah dislike yang diterima jauh melebihi jumlah like, iaitu 168,000 dislikes berbanding hanya 5,000 likes.

 

Sumber : Astro Awani