Pulau Langkawi Dibadai Ribut Yang Menakutkan, Rakaman Video Disediakan Ketika Ribut Berlaku

KANGAR – Beberapa kawasan di Kedah dan Perlis dilanda ribut sejak pukul 8 malam tadi sehingga mengakibatkan banyak pokok tumbang selain bumbung rumah dan premis perniagaan diterbangkan angin kencang.

Lokasi pokok tumbang di Perlis antaranya di Jalan Ngulang, Repoh, Simpang Empat Dato’ Kayaman, Sungai Berembang, Jalan Tambun Tulang dan Kangar.

Selain itu, khemah jualan di Taman Sena, Kangar dan infrastruktur di Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Arau dilaporkan turut rosak akibat diterbangkan angin.

Sementara di Kedah, Pulau Langkawi menjadi antara lokasi paling teruk terjejas melibatkan lima mukim iaitu Kedawang, Bohor, Padang Matsirat, Ayer Hangat dan Ulu Melaka.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Langkawi, Kapten (PA) Ahmad Shahfikri Darus berkata, kejadian kira-kira pukul 8 malam itu mengakibatkan beberapa buah rumah dan kenderaan rosak akibat ditimpa pokok.

Bumbung premis diterbangkan angin kencang dalam kejadian ribut di Pantai Chenang, Langkawi kira-kira pukul 8 sebentar tadi.

“Pemantauan dan kerja-kerja membersihkan kawasan terjejas akan dilakukan segera dengan koordinasi pengurusan bersama agensi lain termasuk polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Jabatan Kebajikan Masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, pihaknya masih mendapatkan laporan lengkap berhubung kejadian dan setakat ini tiada kema langan jiwa dilaporkan berlaku di pulau peranginan itu.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak (Kerian, Larut, Matang, Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar) pada pukul 8.05 sebentar tadi.

Kejadian itu dijangka berlaku sehingga pukul 11 malam ini.

Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang secara menyeluruh juga dikeluarkan pada pukul 8 malam tadi bagi kawasan perairan Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu sehingga pukul 10 malam ini.

Sumber: AS

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.