Qody Rany dedah kata-kata arwh kepada guru vokal di big stage seperti tahu akan pergi selamanya

Kos penghantaran jnzh peserta Big Stage 2020, Allahyrham Sandra Dianne ke kampung halamannya di Sabah akan dibiayai sepenuhnya oleh stesen televisyen Astro.

Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Mohd Kamal berkata, ia adalah usaha pihaknya dalam meringankan beban keluarga Allahyrham.

Tambah Emarina, Astro juga merancang untuk mengadakan majlis tahlil buat Allahyrham dalam masa terdekat.

“Pihak Astro khususnya seluruh warga produksi Big Stage 2020 masih terkejut dan cukup terkesan dengan khabar duka mengenai pemergian Allahyrham Sandra Dianne yang menghembuskan nafas terakhir awal pagi Jumaat.

“Kami akan membiayai kos penghantaran pulang jnzh ke Sabah dan menghulurkan sumbangan ikhlas bagi meringankan beban keluarga.

“Kami juga turut mempunyai perancangan untuk mengadakan majlis tahlil buat arwh dalam masa yang terdekat,” ujarnya kepada mStar.

Sandra atau nama sebenarnya Alessandra Dianne Ampuriam, 26, menggal dunia pada pukul 1 pagi, Jumaat selepas enam hari bertarung nywa di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Putrajaya.

Jnzh Sandra diterbangkan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pukul 3 petang Jumaat dan akan dikebumikan di Kampung Kauluan, Tuaran, Sabah.

Dalam pada itu, Emarina berkata, sebagai tanda penghormatan terakhir, tiada Konsert Big Stage 2020 minggu kelima pada Ahad ini seperti kebiasaan, sebaliknya bakal mengadakan sebuah konsert tribute istimewa berjudul #SandraDalamKenangan.

“Pemergian arwh adalah sebuah kehilangan besar buat kami. Oleh itu sebagai tanda penghormatan kami mengambil keputusan untuk tidak mengadakan Konsert Big Stage 2020 pada Ahad ini.

“Namun sebuah konsert tribute bagi mengenang arwh dan penglibatannya dalam industri seni tanah air terutamanya sepanjang Big Stage 2020 berlangsung,” ujarnya.

“Alhamdulillah, kami bacakan Yasin… wajah dia cantik dan bersih” – Qody Rany, Nana Sheme syukur diberi kesempatan tatap wajah Sandra Dianne buat kali terakhir

PESERTA Big Stage 2020 dan penyanyi, Qody Rany mengakui sebak dan tidak dapat menahan air mata ketika menziarahi jnzh penyanyi Sandra buat kali terakhir.

Qody atau nama sebenarnya Rossaidi Abdul Rani, 26, berkata, dia yang sampai kira-kira pukul 1.30 pagi Jumaat di bilik myt Hospital Putrajaya sempat membacakan surah Yasin buat rakannya itu.

Katanya, dia dan beberapa peserta lain bergegas ke hospital sejurus dimaklumkan tentang perkara itu.

“Alhamdulillah sempat menziarahi dia buat kali terakhir dan kami bacakan Yasin, kami balik rumah pukul 5.30 pagi tadi selepas semua selesai.

“Saya sedih sangat bila keluarga dan kawan baik dia beritahu yang Sandra selalu cakap dia selesa berkawan dengan saya di Big Stage tu,” ujarnya kepada mStar.

Sandra atau nama sebenarnya Alessandra Dianne Ampuriam, 26, menggal dunia pada pukul 1 pagi, Jumaat selepas enam hari bertarung nywa di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Putrajaya.

Jnzh akan diterbangkan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pukul 3 petang Jumaat untuk dikebumikan di kampung halamannya di Kampung Kauluan, Tuaran, Sabah.

Arwh seperti sudah tahu akan pergi

Dalam pada itu, Qody berkata, Sandra pernah meluahkan rasa penat kepada guru vokal mereka Cikgu Shafi minggu lalu dan mahu berehat daripada pertandingan itu.

“Dia seperti tahu akan meninggalkan kami semua, minggu lalu dia luahkan rasa penat dan dah tak larat. Dia kata tak nak teruskan perjuangan di Big Stage ini.

“Sehari sebelum kemlangan pun saya lihat dia betul-betul lain dan seperti sudah tiada semangat dan wajah penat” ujarnya.

Sementara itu, Nana Sheme atau Nur Nabilah Ashimi, 25, berkata, suasana pilu menyelubungi bilik myt pada awal pagi Jumaat.

Penyanyi lagu Hantu Atau Buaya ini bersyukur berpeluang menatap wajah Sandra buat kali terakhir dan menyifatkan arwh terlalu cantik dan bersih.

“Saya berkesempatan beberapa jam di bilik myt, sempat juga bacakan doa dan Yasin beramai-ramai.

“Kami dibenarkan masuk secara bergilir untuk lihat arwh buat kali terakhir. Ya wajah dia sangat tenang, cantik dan bersih,” ujarnya.

Nana berkata, perkara yang berlaku ini memberi hikmah tersendiri dan mengeratkan lagi hubungan mereka peserta Big Stage 2020.

Tambahnya, kehilangan Sandra akan dirindukan oleh kesemua peserta program itu berikutan sikapnya yang sentiasa ceria menghiburkan orang sekeliling.

“Walaupun kami dalam status pertandingan tapi tidak pernah sesekali rasa nak bersaing sesama kami. Bunyi macam cliche tapi itu kenyataannya.

“Dia mempunyai suara yang sangat indah dan kami mendengar suara dia hampir setiap hari kerana dia suka menyanyi secara random depan orang ramai. Ini akan jadi perkara yang paling kami rindukan,” ujarnya.

Sumber Mstar