Ramai Kata Dah Macam Cerita Tamil, Senang2 Jer Datuk Seri Lari Panjat Pagar. Datuk Nadzim Mula Bersuara

Berita tentang suspek utama kes cuci duit dan Mcau Scam yang melarikan diri dengan panjat pagar bangunan SPRM menjadi topik perbualan hangat warganet.

Malah rata-rata memberi komen dah macam cerita Tamil, boleh pula terlepas macam tu jer..

Bukan sahaja di kalangan warganet, beberapa pihak juga bersuara termasuk seorang peguam yang ‘kagum’ dengan kebolehan suspek memanjat pagar meskipun berbadan besar.

Terbaru, individu yang tidak asing lagi dengan kes-kes penipuan sejak sekian lama, Datuk Nadzim Johan pula bersuara.

Sememangnya kehilangan suspek utama bergelar Datuk Seri yang disiasat berhubung kes pengubahan wang hram sebaik dibebaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Isnin lalu menimbulkan seribu tanda tanya.

Adakah dibantu pihak tertentu?

Malah, timbul tanda tanya adakah suspek yang menjadi dalang dan dikehendaki Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu dilarikan atau dibantu pihak tertentu.

Sehingga kini belum ada maklum balas berhubung kejadian berkenaan yang dikeluarkan PDRM dan SPRM walaupun ia hangat diperkatakan di media sosial.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, kejadian aneh itu dibimbangi boleh menyebabkan kredibiliti PDRM dan SPRM dipertikai masyarakat.

” Apakah prosedur operasi standard (SOP) ketika penyerahan suspek dipatuhi sepenuhnya atau tidak?

” Seperti kes Mcau Scam ini, PPIM sudah bawa bertahun-tahun. Apa jaminan kes ini diambil perhatian dan jaminan tidak lagi berlaku pada masa akan datang?

” Kita letak kepercayaan kepada penguat kuasa, tapi jika berlaku yang tidak betul, susahlah, apatah lagi individu disyaki terbabit dengan kes berprofil tinggi,” katanya.

Nadzim berkata, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin juga perlu memberi perhatian kepada perkara itu ia boleh menjejaskan imej badan penguat kuasa yang diberi amanah besar.

” Bagaimana suspek boleh memanjat pagar dan mampu mengatur rancangan meloloskan diri selepas dibebaskan SPRM untuk proses reman PDRM?

” Ketika jangka masa penyerahan suspek kepada PDRM, kenapa tidak ada pengiring dan SOP yang dipatuhi? Ini mengundang keraguan.

” Kita berdepan kes penipuan ratusan juta ringgit duit rakyat Malaysia dengan pembabitan pegawai tinggi pihak berkuasa. Saya harap ada penjelasan berhubung isu ini,” katanya.

Isnin lalu, suspek utama itu dikatakan berjaya meloloskan diri dengan memanjat pagar belakang bangunan SPRM di Putrajaya sebelum melarikan diri dengan sebuah kenderaan yang menunggunya di luar pagar.

Ketika kejadian, lelaki itu bersama tiga lagi suspek yang juga dalang utama kes penipuan Mcau Scam dan dua pegawai polis dalam proses diserah kepada PDRM untuk siasatan berhubung kegiatan judi dalam talian dan penipuan Mcau Scam.