“Ramai Langgar SOPP PKPP” – 31 Kompaun Dikeluarkan Di Port Dickson

Sebanyak 31 kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dalam tempoh seminggu di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata Pasukan Petugas Pematuhan SOP PKPP terdiri daripada anggota polis Ibu Pejabat Daerah Port Dickson, penguat kuasa Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) dan penguat kuasa Kesihatan Pejabat Kesihatan Daerah Port Dickson telah menjalankan pemeriksaan ke beberapa premis sekitar bandar Port Dickson, Lukut dan Teluk Kemang.

“Operasi pematuhan turut tertumpu di kawasan pantai yang kerap dikunjungi pelawat yang dibuka kepada orang awam sejak 13 Jun lepas,” katanya dalam kenyataan.

Pasukan petugas juga mengeluarkan dua kompaun terhadap dua lelaki yang minum minuman keras sehingga mabuk di tepi pantai Sunshine Bay, Jalan Pantai Port Dickson, Sabtu lepas, katanya sambil menambah pihaknya secara berterusan mendidik masyarakat agar mematuhi SOP PKPP sehingga 31 Ogos, nanti.

Katanya, operasi pematuhan diperhebatkan pada hujung minggu dengan tumpuan dilakukan di sepanjang pantai Port Dickson dan orang ramai juga diingatkan bahawa sebarang aktiviti selepas pukul 12 malam, adalah dilarang.

– Bernama Via Malaysia Kini

Ni 4 golongan tak disaran pakai Mask

4 Golongan tidak digalakkan pakai pelitup muka Menteri Kesihatan Malaysia melalui YB Dato Sri Adham bin Baba menjelaskan bahawa terdapat 4 golongan yang tidak boleh memakai pelitup muka atau mas.

Mereka ialah kanak-kanak berusia kurang 2 tahun, mereka yang sukar bernafas, individu yang tidak sedarkan diri dan kurang berupaya atau tidak dapat menanggalkan pelitup muka tanpa bantuan.

Selain itu, Kementerian KEsihatan Malaysia turut mengingatkan rakyat agar mask tidak boleh dikongsi. Dan sesudah ia dipakai ia hendaklah dilupuskan dengan cara yang betul

Sumber : kinisumber

Terbongkar Harga Sebenar ‘Face Mask’ Yang Dipakai Neelofa, YDP Agong & Najib

Musim COVI1D-19 ni, face mask atau pelitup muka antara barang yang perlu sangat. Lagi-lagi bermula 1 Ogos ini, kerajaan mewajibkan penggunaan pelitup muka dalam pengangkutan awam dan di tempat awam yang sesak.

Sesetengah orang begitu cerewet dalam memilih pelitup muka yang sesuai. Dari harga murah hinggalah mencecah ratusan ringgit, pelbagai jenis pelitup muka boleh dibeli di platform membeli-belah secara dalam talian.

Sejak akhir-akhir ini, kita mula perasan bahawa pelitup muka yang satu ini telah mencuri perhatian netizen di Malaysia. Manakan tidak, ia telah di pakai oleh individu-individu yang berpengaruh seperti Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah,  bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak serta ketinggalan selebriti dan usahawan popular, Neelofa.

Mungkin ramai yang nak tahu, jenama apakah pelitup muka yang mereka pakai dan adakah harganya mahal?

Hanya Sekitar RM 50 Jer!

Jangan tak percaya, pelitup muka ini hanya berharga sekitar RM50 saja untuk 3 unit. Hasil pencarian di internet, pelitup muka ini adalah produk keluaran dari Xeralife yang ternyata berkualiti tinggi dan anda boleh dapatkannya di Shopee.

Pelitup wajah Xeralife

Pelitup muka Xeralife ini telah dibuktikan oleh Persatuan Sains Bioperubatan (BMSA) di Jepun berkesan terhadap semua bentuk Inflvenza, termasuk selesema burung dan selesema b4bi.

Menurut tinjauan di laman sesawang rasmi Xeralife, pelitup muka Xeralife merupakan hasil teknologi dari Jepun. Ia membantu mencegah jangkitan kuman, meredakan alahan dan jangkitan pernafasan. Sudah semestinya ia juga mampu melindungi pemakai daripada wab4k Covi1d-19. Selain itu, tiada penggunaan bahan kimia berbahaya digunakan dalam pembuatan pelitup muka ini.

Pelitup muka ini terdiri daripada 4 lapisan yang sangat berkualiti, iaitu bermula dengan fabrik Spunbound, kemudian diikuti dengan penapis Xeralife, fabrik Meltblow dan terakhir Thermal bonded fabrik Polypropylene.

Selain pelitup muka, sebenarnya banyak lagi produk yang dikeluarkan oleh Xeralife termasuk produk kesihatan kulit, tekstil dan banyak lagi. Anda boleh berkunjung ke laman sesawang rasmi mereka di www.xeralife.com untuk dapat lebih info lagi mengenai produk mereka.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!