Ramai Terkejut Bila Marina Mahathir Luah Kata-Kata Ini Tentang Kehadiran Peserta LGBT di Perhimpuan Hari Wanita Semalam

Aktivis sosial Marina Mahathir mendakwa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof Rawa dan anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Wan Saiful Wan Jan cuba mengalihkan perhatian daripada gesaan yang dibuat di sambutan Hari Wanita semalam, dengan hanya memberi tumpuan kepada kehadiran peserta L G B T.

” Anda cuba lari daripada isu wanita yang real dengan menumpukan hanya satu daripada banyak gesaan. Memalukan,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Beliau mengiringi ciapan itu dengan tanda pagar #Misogyny (sikap prejudis terhadap perempuan).

” Saya mula percaya lelaki benar-benar menganggap isu wanita seabgai remeh, sebab itu mereka akan cari alasan untuk merespons gesaan yang benar-benar memberi kesan kepada wanita. Ia dipanggil misogyny.

” Walhal kami – kumpulan hak wanita – berkempen dan mengundi anda,” katanya dalam ciapan seterusnya.

Semalam lebih 300 menyertai sambutan Hari Wanita di Kuala Lumpur semalam. Antara gesaan yang dilaungkan adalah menghapuskan keganasan berdasarkan jantina dan orientasi $eksual; mengharamkan perkahwinan bawah umur; menjamin hak wanita terhadap nyawa dan tubuh mereka; dan gaji minima RM1,800.

Semalam, Mujahid yang memegang portfolio hal ehwal Islam menzahirkan rasa terkejut kerana sambutan itu digunakan untuk mempertahankan hak L G B T dan menyifatkannya sebagai salah guna ruang demokrasi.

” Seperti yang pernah saya maklumkan sebelum ini, kerajaan amat tegas bahawa amalan L G B T tidak akan diterima sama sekali di negara ini. Mana mungkin, kita mengiktiraf suatu perbuatan yang salah di sisi undang-undang,” katanya di Facebook.

Wan Saiful juga berkata L G B T tidak akan diterima di Malaysia dan perlu ditolak semua pihak.

Sementara itu, Wan Saiful berkata dalam satu kenyataan, komuniti L G B T memohon hak sama pada Wanita pada Mac adalah sesuatu yang “mengengkelkan”.

” Perjuangan menuntut hak-hak kaum hawa adalah perkara yang dihormati dan mulia yang wajar disokong, tetapi mencampurkan agenda itu dengan agenda L G B T adalah provokasi terhadap kestabilan negara,” katanya dalam kenyataan.

” Pencampuran agenda mulia ini dengan agenda L G B T adalah provokasi (yang mempengaruhi) kestabilan negara. Ia harus ditolak oleh semua pihak, “katanya.

Penganjur himpunan itu hari ini mengulang kembali lima gesaan yang menurutnya ditutp oleh “panik moral” susulan kehadiran peserta L G B T semalam.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Ariana Rose

Sumber : malaysiakini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.