Rawatan Tak Jadi, Pipi Keluar Nanah Busuk, Terkejut Tengok Muka Safiey Ilias

USAHAWAN kosmetik, Safiey Illias, 26, mendedahkan bakal melakukan pembedahan menaikkan kening atau ‘eyebrow lift’ dengan anggaran kos RM30,000, hari ini.

Safiey atau nama sebenarnya Mohd Safiuddin Illias berkata, prosedur itu dibuat selepas mengalami masalah kening jatuh.

Ini akibat kegagalan prosedur pemindahan lemak di dahi yang dibuat sebelum ini oleh doktor tidak bertauliah.

“Pembedahan yang saya nak buat ini sangat terkenal dalam kalangan selebriti Hollywood.

Jadi, saya nak buat macam mereka. Tambahan pula, prosedur pemindahan lemak di dahi daripada doktor tidak bertauliah sebelum ini.

Keadaan itu membuatkan kening saya tidak berada pada postur tulang kening seorang manusia normal.

“Akibat kegagalan itu, lemak berpindah ke kening dan kening jatuh menyebabkan kelopak mata saya turut kelihatan berat dan sayu akibat lemak berlebihan di kelopak mata.

Disebabkan itu saya perlu melakukan proses ini bagi menaikkan semula kening,” katanya kepada Harian Metro.

Safiey yang juga penyanyi lagu Syinta Gila berkata, dia tidak serik melakukan pembedahan kosmetik pada wajah.

Tidak ada istilah serik dalam diri saya termasuk juga dalam soal kecantikan.

Lagipun apa saya buat ini adalah untuk membetulkan kesilapan prosedur sebelum ini.

“Kali ini pembedahan akan dibuat oleh doktor pakar mata bukan doktor estetik.

Masyarakat kena jelas perkara ini dan jangan buat kesilapan seperti saya,” katanya.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan Safiey menjalani proses pembedahan kosmetik pada wajah, payudara dan punggung dengan kos mencecah RM1 juta hingga RM2 juta.

Dalam laporan sama, Safiey mendedahkan pada bahagian wajah saja dia sudah membelanjakan hampir RM300,000 bersamaan dengan harga sebuah kereta mewah jenis Ford Mustang.

Tersalah langkah ketika mendapatkan rawatan kosmetik.

Menerusi foto yang dikongsikan di laman Instagram, disebabkan kegagalan prosedur pemindahan lemak yang dibuat pada November tahun lalu, membuatkan pipinya bernanah.

Dalam laporan di Harian Metro, Safiey memberitahu bahawa selepas membuang semula dengan empat kali ganda kos pemindahan.

Ini termasuk lima kali sesi suntikan bagi mencairkan lemak, tidak selepas itu dia berasa wajahnya sedikit pelik.

“Selepas itu saya mulai berasa pelik sebab seperti ada biji pada pipi sebelah kanan ini.

Ia menjadi seperti luka, bengkak dan bernanah.

Apabila saya buat pemeriksaan pada doktor pakar, dia pun pelik…”

Justeru, melihatkan wajahnya semakin teruk, Safiey telah menjalani satu lagi prosedur untuk mengeluarkan nanah yang terkumpul pada bahagian pipinya.

Sementara itu, memberi maklum balas mengenai nasib Safiey Illias, rata-rata netizen menyifatkan apa yang berlaku kepadanya sebagai peringatan daripada Tuhan.

Berhabis RM2 Juta Buat Keseluruhan Pembedahan

Terdahulu, USAHAWAN kosmetik dan selebriti, Safiey Illias mendedahkan dia menjalani proses pembedahan kosmetik pada wajah, payudara dan punggung dengan kos mencecah RM1 juta hingga RM2 juta.

Safiey, 26, atau nama sebenarnya Mohd Saifuddin Illias berkata, pada bahagian wajah saja dia sudah membelanjakan hampir RM300,000 bersamaan dengan harga sebuah kereta mewah jenis Ford Mustang.

Kenapa banyak dan mahal begitu? Saya buat naikkan kening dengan tebuk di bahagian atas dahi dengan kos sebanyak RM30,000.

Saya buat hidung di Korea Selatan menggunakan tulang rusuk dengan kos RM45,000.

Untuk hidung saya buat 11 kali yang mana 10 kali sebelum itu dilakukan di Thailand dengan kos RM2,000 hingga RM4,000 untuk sekali menggunakan silikon.

“Namun, saya tak nak ambil risiko. Itu yang buat normal dengan tukar tulang rusuk sendiri.

Lubang hidung pun potong dengan kos dalam RM10,000. Dulu buat silikon di pipi, tapi saya buang dengan menggunakan kaedah ‘liposuction’. Saya buat empat kali dengan kos RM16,000.

“Untuk dagu, pernah buat silikon. Untuk masukkan silikon kosnya adalah RM3,000 hingga RM4,000 dan saya buat empat kali.

Sekarang saya buat rawaran pemindahan lemak di pipi, muka dan dahi dengan kos keseluruhan RM30,000,” katanya.

Menerusi pendedahan yang dibuat di saluran YouTube miliknya, Syinta Gila semalam, Safiey yang pernah menghasilkan lagu Syinta Gila pada 2018 berkata, dia turut membuat rawatan suntikan botox di bahagian rahang.

Saya juga buat rawatan tarik benang pada wajah dengan kos RM18,000 yang mana kena buat enam bulan sekali.

Rawatan suntikan botox di bahagian rahang untuk kecilkan rahang dengan kos dalam RM2,000 dan kena ulang dalam empat atau enam bulan sekali.

“Ramai salah anggap pipi kembung dan bibir terjuruih disebabkan botox, itu semua bodoh. Tapi, itu disebabkan ‘filler’.

Botox itu membekukan rahang otot dan akan kecut disebabkan satu bakteria yang ada pada botox. Jadi, jangan caci maki. Itu semua bukan sebab botox itu kerana filler.

Botox berfungsi membekukan otot. Apabila sudah beku, lemak akan kecil dan hasilnya nampaklah tirus.

“Saya buat banyak pembedahan plastik iaitu proses menukar bentuk tengkorak lelaki kepada perempuan.

Sebab itu bentuk muka saya macam perempuan. Rahang saya pun kecil dan macam perempuan.

“Begitu juga dagu yang kecil. Saya lakukan ‘Facial Feminization Surgery’ dengan memasukkan skru yang dikerat dengan kos dalam RM30,000. Buang tulang rahang, kos dalam RM30,000.

Itu bahagian muka saja dengan keseluruhan RM300,000. Jadi muka saya saja, boleh beli Ford Mustang,” katanya.

Safiey juga mendedahkan dia menjalani proses menyedut lemak di bahagian lengan dengan anggaran kos RM16,000.

“Saya buat juga rawatan laser, wajah dan buang parut berlubang dalam RM20,000.

Buat pembedahan dengan sedut lemak di lengan sebanyak empat kali dengan kos RM16,000.

Saya buat botox untuk kecilkan otot, kena banyak dos. Mata tak buat, sebab sudah cantik.

“Perut pun sedut lemak dengan kos sedut RM16,000. Buat punggung dengan suntikan silikon RM30,000, tapi betis saya tak buat.

Payudara pula masukkan silikon implan dengan kos RM40,000,” katanya.

Pun begitu, Safiey sempat menitipkan nasihat kepada penonton supaya tidak mengikut jejak langkahnya.

“Kepada semua, kalau ada hasrat nak buat pembedahan plastik, fikir banyak kali.

Jangan tiru saya. Saya cuma memberikan informasi saja. Terpulang kepada anda.

“Apa yang penting, saya sudah lepas tugas untuk berikan maklumat. Nak buat, buat, tak nak buat, tak kisah, hargai saja apa yang ada,” katanya.

“Buat la selagi masih bernafas…klau dah mati nanti x boleh buat apa dah…

Buat mcmna sekalipun klau dah ada belalai tu tetap belalai jugak ok…x boleh lawan pompuan original lawa camna pun”

“Ish la.. Ubah ciptaan Allah.. Mati sok masa baca talkin tok imam sebut nama jantan hang jugak selepy ooooo.. Nak lari mana..

Tu tak kira malaikat dlm kuboq sebut lagi tu. Bertaubat la sebelum terlambat. Semoga diberikan hidayah… Aamiin”

Allah melaknat pembuat tatu, orang yang meminta supaya dibuatkan tatu kepadanya, orang yang mencukur kening.

Serta menjarangkan gigi dengan tujuan untuk kecantikan, dan golongan yang mengubah ciptaan Allah.

“Laknat Allah ke atasnya,kerana dia telah mengubah ciptaan Allah”

Sumber : Safiey Illias & Harian Metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!