Rintihan budak 7 tahun, Lelaki Ini Nekad Ambil Semula Anak Angkat Yang Dipulangkan Kepada Ibu Kandung

Jika sebelum ini seorang bapa kongsi kisah sedih bila anak angkat yang dijaga selama 7 tahun akhirnya dituntut kembali oleh ibu kandungnya.

Terbaru menerusi laporan Mstar, akibat tidak tahan menanggung rindu, lelaki tersebut berjaya berjumpa semula dengan anak angkatnya itu. Namun, pertemuan itu sangatlah sedih apabila kanak-kanak perempuan yang dikenali sebagai Amanda, dipercayai didera oleh ibu kandungnya.

Amanda berlari dan memeluk saya

Menurut lelaki yang dikenali sebagai Sazlizam Ariffin, selepas empat hari berpisah dengan Amanda, dia berusaha sedaya upaya untuk mencari maklumat mengenai tempat tinggal anak angkatnya itu. Hasil pencarian tersebut, dia berjaya menemui Amanda di rumah majikan ibunya di Bukit Kuda, Klang.

Saya sedaya upaya mencari maklumat di mana tempat tinggal ibu kandung Amanda. Selepas memperoleh maklumat itu, pada Ahad 7 Julai kira-kira pukul 9 malam, saya ke rumah berkenaan. Kebetulan, ibunya tiada di rumah, kemungkinan keluar bekerja.Sebaik melihat saya, Amanda berlari dan memeluk syaa sebelum mengadu ditampar serta dipukul jika tidak mendengar kata ibunya.

Dipaksa berdoa di gereja

Sekadar gambar hiasan

Tambahnya, anak angkatnya itu turut dipaksa berdoa di gereja kerana ibunya merupakan penganut agama Kristian.

Amanda dipaksa masuk gereja, makan daging khinzir tetapi Amanda menangis hingga dipukul dan ada masanya dia mahu mengurung Amanda dalam stor kerana tak nak dengar cakap.

Sementara itu, lelaki tersebut dan isterinya akan mendapatkan hak penjagaan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana telah menjaga Amanda sejak 2012 lagi.

Sumber: Mstar via ohbulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*