Saya dan keluarga kehairanan pusara Abam tak putus-putus dikunjungi orang

GOMBAK – Walaupun selepas lima hari kem4tian pelawak terkenal, Allahyarham Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan atau Abam namun masih ramai orang menziarahi pusaranya di sini hari ini.

Malah keluarganya juga tidak putus-putus menerima kunjungan orang ramai terutama peminat Abam bagi menzahirkan rasa sedih mereka.

Ibunya, Sabariah Arshad walaupun terharu dengan kunjungan orang ramai itu namun timbul kehairanan apa yang telah dilakukan oleh arwh anaknya itu sehingga mendapat perhatian ramai pihak sejak ‘pemergiannya’ Isnin lalu.

Setahu beliau, arwh anaknya itu hanya memberi sumbangan berupa wang ringgit kepada beberapa rumah anak yatim di sekitar Gombak sahaja.

“Dia (Abam) tidak pernah cerita tapi adalah dua tiga rumah anak yatim di bawah naungan arwh. Perbelanjaan semua dia tanggung.

“Itu sahaja yang saya tahu, yang lain tidak ada maklumat. Sebab dia tidak pernah bercerita kepada saya. Tapi kalau dia bagi sumbangan kepada anak yatim dia ada bawa saya sekali,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Sebelum itu, ramai pihak melahirkan rasa bangga dan terharu apabila ribuan umat Islam hadir ke Masjid Gombak Utara di sini dan Tanah Perkub uran Kampung Sungai Pusu bagi proses pengkebumian Abam baru-baru ini.

Justeru itu, menurut Sabariah, arwh terlalu berahsia orangnya dan enggan menceritakan apa-apa butiran mengenai segala yang beliau buat di luar rumah.

“Dia tidak pernah cerita pun kepada kami apa amalan dia selama dia hidup, dia balik rumah buat hal sendiri. Langsung dia tak pernah cerita kepada kami. Tapi kalau kampung ini nak buat gelanggang badminton, mereka akan datang jumpa Abam. Berapa nak, dia tanya?

“Abam bagi sumbangan kepada siapa, kami tidak dimaklumkan. Jadi, apa yang kita buat kami tidak tahu, cumanya sumbangan kepada rumah anak-anak yatim, kami tahu,” katanya dengan mata yang berkaca.

Sabariah turut berkata, anaknya itu suka membantu rumah anak yatim yang memerlukan.

Baginya, anak-anak yatim itu lebih kepada adik-beradik beliau yang sangat memerlukan bantuan pada masa itu.

“Dia marah kalau kita sebut anak yatim,” katanya dalam nada sebak.

Reda dengan pemergian Abam, Sabariah berkata, arwh merupakan seorang anak yang baik, patuh kepada ibu bapa dan tidak pernah meninggikan suara kepadanya.

Malah Abam merupakan anak yang sangat bertanggungjawab dan mementingkan keluarga.

“Dia memang anak yang patuh kepada ibu bapa. Saya dulu kahwin lain dia tahu bapa tiri dia yang bela dia. Dia memang terpilih anak saya seorang ini, dia baik hati.

“Kalau dia nak pergi luar kawasan, dia akan tinggalkan duit belanja siap-siap pada saya. Dia memang baik hati, tidak pernah melawan saya,” katanya lagi.

Ahli kumpulan pelawak Bocey itu mennggl dunia di kediamannya di Gombak, Selangor kira-kira jam 8.30 pagi Isnin dipercayai akibat dmm panas.

Difahamkan, kejadian itu disedari isterinya, Nor Hidayah apabila Abam tidak bangun ketika dia mengejutnya untuk solat Subuh. -MalaysiaGazette

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.