“Saya sedih melihat Balqis dalam hidup sebegitu..”- Nabil Huda mula bersuara

KUALA LUMPUR: Nabila Huda berharap orang ramai terus memberi kata-kata semangat kepada Puteri Balqis untuk bangkit selepas diuji dengan penyak1t berkaitan j4ntung, dua tahun lalu.

Nabila berkata, Balqis sangat berbakat dan skil lakonan remaja berusia 13 itu, jarang ditemui dalam kalangan kelompok seusia.

“Saya sedih melihat Balqis dalam hidvp begitu. Bukannya kita tidak tahu, Balqis pelakon berbakat. Saya percaya pasti banyak syarikat produksi yang mahu menawarkan dia berlakon.

“Siapa yang tidak mahu memanggil pelakon berbakat seperti Balqis? Jarang kita tengok pelakon cilik sehebat dirinya.

“Mungkin ketika sak1t, Balqis agak senyap. Jadi, tiada ‘update’ atau perkembangan mengenai dirinya. Saya fikir mungkin ada yang menghulurkan bantvan, tetapi keadaan tidak mengizinkan.

“Saya harap semua orang beri semangat untuk Balqis terus bangkit… Dia adalah pelakon yang mempunyai masa hadapan yang cerah,” katanya kepada BH Online.

Semalam, kehidupan Puteri Balqis yang pernah meraih trofi Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Televisyen Asia Ke-19, dilaporkan terus dilanda dugaan hingga pernah mengikat perut selama beberapa hari.

Namun, Puteri Balqis yang meluahkan perasaan dalam sedutan promosi program Bersamamu terbitan TV3 di YouTube, bersyukur diberi peluang untuk kembali mengingati Yang Maha Kuasa.

Pengakuan dalam rakaman video hampir dua minit itu mengundang sebak, malah peminat tidak menyangka bintang yang disanjung masyarakat itu hidup sukar.

Turut dipaparkan, Puteri Balqis menaiki pengangkutan awam bersama ibunya, Norashikin Mohamad Aziz, untuk mendapatkan raw4tan di klinik.

Malah, semangat remaja ini ampuh apabila menghasilkan buku puisi berjudul 38 Poems of Puteri Balqis yang dijual di sekitar bandaraya ini.

Nabila berkata, dia berganding dengan Puteri Balqis ketika melakonkan watak ibu dan anak dalam drama rantaian Akulah Baqis menerusi slot Akasia terbitan TV3 pada 2015.

Nabila bukan sekadar menganggap Balqis seperti anaknya sendiri, malah mengambil berat mengenai pelakon cilik itu.

Dua tahun lalu, Nabila bersama rakan artis seperti Sharifah Sakinah dan Jihan Muse mengadakan jualan barangan terpakai atau ‘preloved’ bagi membantu Balqis.

“Kami berjaya mengumpul RM2,500 dan diserahkan kepada Balqis secara berperingkat. Kami tidak serahkan secara penuh kerana mahu memastikan Balqis ada wang setiap bulan,” katanya.

Nabila bagaimanapun mengaku sudah agak lama tidak berhubungan dengan Balqis.

“Saya fikir mungkin menjual buku adalah cara dia berusaha dan saya menghormatinya.

“Namun, kalau mahu diikutkan, bukannya Balqis tiada bakat, apatah lagi masih muda dan ada hadapan yang cerah. Banyak perkara boleh dilakukannya.

“Saya tidak mahu Balqis membuang masa remajanya. Saya berdoa agar Balqis mendapat kebahagiaan dalam hidup dan sukses dalam apa sahaja perkara diusahakannya,” katanya.

Kisah Puteri Balqis boleh ditonton dalam program Bersamamu di TV3, pada jam 6.30 petang ini.

Nabila menyifatkan bakat lakonan Puteri Balqis luar biasa dan jarang ditemui dalam kelompok seusianya. Foto NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

Pelbagai reaksi dan pendapat diberikan oleh netizen selepas kisah Balqis tular di media sosial

Amy Ella Mungkin boleh buat jualan buku balqis melalui online..fb. ig twitter..memandangkan kesihatan balqis tk mengizinkan dia berjalan byk ..biar le dia byk rehat di rumah..mgkin ramaj yg tk tau perkembgan balqus..harap artis2 yg kaya raya dapat membantu adik balqis..kasihan tengok..moga adk balqis diberikan ketabahan dan kesembuhan..amin

Siti Hajar Yaallhah sedinya tengok td.sepatutnya akis kena rehat.muka pucat terpaksa jln jauh untuk mencari rezeki untuk hidup.semoga adik balqis cepat sembuh.

Diana Bags baru tgok tadi.. sedih tgok. kuat semangat adik balqis dgn ibu dia.. semoga adik balqis diberikan kesembuhan..

Emilia Azlan Ni la yg mnakotkn dlm dunia artis. Tk selama kita brada di ats. Semoga segala urusan adik ni dipermudahkan. N cepat sembvh

Baharudin Kasim Rasaye lepas episodnie pihak2 berwajib buka mata dan telinga bantu hulurkan apajua untok meringankan bebanan adik istimewanie..

Sebelum ini Sharifah Sakinah Pernah Jual Barangan Mewah Preloved Bantu Kutipan Amal Adik Balqis Melawan Kans3r

Pelakon popular, Sharifah Sakinah menjual barangan preloved di TTDI untuk membantu kutipan amal buat adik Balqis. Barangan mewah dijual dengan harga yang murah untuk mendapatkan dana raw4tan adik Balqis.

Adik Balqis (Pelakon) telah disahkan menghidap kanser setelah ibunya memuat naik status menerusi akaun instagramnya memaparkan gambar pelakon kanak-kanak tersebut memakai topeng mulut dengan caption menyatakan dirinya sudah menjalani rawatan.

Menerusi Instagram Sakinah, beliau telah memuat naik gambar nya sedang menjual barangan preloved beserta caption “Hi netizens! Dtg lah! Ralph lauren 100 adidas 100 lv 1000 ??? Semuanya untuk my baby @rockingbalqismwah! As you all may know Puteri Balqis is currently battling for cancer. You can do your part in helping by supporting our event today at Rasta TTDI. Come and join me there from 5pm onwards and give support by buying our preloved stuffs for charity. Stay strong Puteri Balqis, we love you. *hugs*

Rata-rata netizen terkejut dengan keadaan adik Balqis, mereka turut mendoakan adik Balqis cepat sembuh. Sikap prihatin Sakinah dan sanggup turun padang untuk membantu dana kutipan untuk rawatan adik Balqis dipuji ramai.

 

Sumber: dunia&akhirat

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.