Sebelum Dilantik Dihina, Sudah Letak Jawatan Masih Dihina. Pulanglah Tuanku, Rakyat Negeri Menunggumu

Isu peletakan jawatan Yang Di Pertuan Agong mendapat perhatian rakyat Malaysia. Pelbagai spekulasi dan andaian dapat dibaca di mana-mana, dalam FB, dalam WhatsApp dan pelbagai lagi media.

Namun, tidak kurang juga yang secara biadap mentohmah dan mencaci Sultan Muhammad V dengan penuh kehinaan.

Perkara ini, jika tidak dibendung akan menyebabkan institusi Di Raja menjadi bahan lawak sebahagian daripada rakyat Malaysia yang kurang ajar.

Walaupun ada yang telah memohon maaf tetapi permohonan maaf bukan jalan penyelesaiannya. Jika tidak, ramai lagi yang akan mengambil sikap sedemikian rupa, hina dan mohon maaf.

Mereka yang menghina Sultan Muhammad V atau institusi Di Raja mesti ditangkap dan diambil tindakan oleh PDRM.

Tiada kompromi!

Sejak daripada kejadian itu juga, rakyat Malaysia terutama rakyat negeri Kelantan berasa begitu sedih dan terkesan dengan penghiinaan yang diberikan kepada Sultan Muhammad V.

Rata-rata mengutuk individu yang tanpa segan silu menulis komen berbentuk penghiinaan tanpa rasa bersalah. Malah terdapat netizen memuat naik karikatur yang didedikasikan kepada Sultan Muhammad V sebagai penghargaan dan tanda kasih sayang kepada baginda.

Karikatur tersebut dimuat naik di IG seorang individu bernama nikharith06 seperti di bawah.

” Sebelum dilantik sudah dihina. Sudah dilantik masih dihina. Sudah letak jawatan pun terus dihina..

” Pulanglah ke pangkuan rakyatmu. Rakyat Kelantan menanti kepulanganmu…”

Dalam pada itu, Cisco ASEAN, syarikat yang menggajikan seorang lelaki yang didakwa menghina bekas Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di media sosial dilaporkan tidak lagi bekeraja dengan syarikat tersebut.

Cisco ASEAN dalam satu kenyataan malam semalam turut menyesal dan memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku.

“Cisco menghormati tradisi dan undang-undang Malaysia. Kenyataan itu dibuat oleh pekerja dalam kapasiti peribadi dan tidak mewakili pandangan Cisco.

“Kami sangat menyesal atas sebarang kesulitan dan meminta maaf. Pekerja tersebut juga telah mengeluarkan permintaan maaf dan tidak lagi berkhidmat dengan syarikat ini,” kata Cisco ASEAN dalam satu kenyataan di Facebook.

Ulasan lelaki itu yang mengaitkan tindakan Seri Paduka turin takhta kerana “sibuk berzi**” adalah menerima kecaman pelbagai pihak yang menganggapnya sebagai satu “bentuk penghinaan dan fitnah”.

Kenyataan Cisco ASEAN itu walau bagaimanapun tidak menyatakan sama ada lelaki berkenaan meletakkan jawatan atau dipecat.

Berikutan bidasan dan kecaman di media sosial, lelaki, yang bekerja sebagai seorang pengurus pembangunan perniagaan, mengakui beliau telah membuat komen yang tidak sepatutnya terhadap Sultan Muhammad V.

“Saya telah membuat komen biadab yang tidak sepatutnya terhadap bekas Yang di-Pertuan Agong hari. Saya telah menarik balik kenyataan itu dan memohon maaf kepada kumpulan di mana saya membuat komen yang menjadi tular tersebut.

“Saya benar-benar meminta maaf kerana membuat komen yang tidak sepatutnya itu. Saya berharap mereka yang marah disebabkan itu boleh memaafkan saya,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

sumber : malaysiakini & IG Nikharith06

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.